Aku bertemu 2 kali dengan tunang aku pertama dipondok dan masa bertunang..tapi 3 bulan selepas itu berita yang menyebabkan otak aku hampir meletup…

Loading...

Malam ni hati aku hancur gila , ya.aku sudah bertunang 5 bulan yang lalu , dan akan khawin bulan 1 ni.tunang aku seorang niqabis , pelajar agama dan aku hanya bertemu dengannya hanya 2 kali.satu kali pertama kenal di pondok , kedua ketika sesi nazor dan tunang.

Hari ini , terpecah berita dia mengandung. Ya ! Dia mengandung 3 bulan! Esok aku final exam! Kau bayangkan hancur gila hati aku sekarang ni , otak aku macam dah takda darah , badan aku mengigil geram tapi aku tahan untuk tidak menangis , tidak mahu spoiledkan exam esok.aku mula fikir dia cuma tunang sahaja , seorang niqabis , dan hanya 1 daripada bilion wanita.ya , aku tenangkan diri aku .

Hati aku pecah , serius pecah.dia mengandung dan hari ini baru aku tahu latar belakang keluarganya.abangnya seorang duda usia muda (22tahun) mengislamkan bekas isterinya lalu bila mengandung dia tinggalkan.alasan? Mahu enjoy uisa muda.kakak dia pula ada skandal dengan laki orang , padahal kakak dia juga sudah berlhawin dan anak 3, ini semua dia cerita.kakak dia lagi satu pula pun begitu , sudah berkhawin lebih 4 kali.aku sedih gila sampai aku nak hempas fon ni.

Loading...

aku jaga diri aku di sini , di uia ni , akhirnya , dia tidur dengan lelaki lain.ya , aku sudah hancur , jiwa aku mati.aku takut jiwa aku mati dengan agama ini , dengan imej yang tunang aku bawa ni , aku mungkin akan streotypekan semuanya.

Doakan aku final exam esok , kepada korang semua , cek dahulu latar belakang keluarga seseorang yg kamu ingin khawini secara islamik.aku telah melalui jalan yg sunnah , tapi ini yang aku dibalas , siapa mahu rasa berdiri di tempat aku berdiri sekarang ni? Aku akan bagi kau rasa kalau mahu.

Aku mula perlahan-lahan rasa jiwa aku mula mati dari dalam.terhadap perempuan , agama dan kehidupan.

Loading...

– Tunang cik niqabis

Sumber : iium

Loading...