Hadiah Hari Guru. Pelajar Ini Bawa Hadiah Ke Kubur Cikgunya Buat Ramai Orang SEBAK !!!

Kisah seorang pelajar yang tidak sempat memberikan hadiah Hari Guru buat cikgunya yang meninggal dunia pada sebelah petang selepas sambutan Hari Guru.

Melalui perkongsian Muhammad Suharimi di laman Facebook, Cikgu Anuar Sadat meninggal dunia kira-kira dalam jam 7 petang setelah tiba-tiba rebah ketika bermain bola di sekolah. Menurutnya, pada sebelah pagi iaitu semasa sambutan Hari Guru berlangsung, Anuar kelihatan ceria dan sempat berborak dengannya di kantin.

“Dalam pukul 7, aku dikejutkan dengan berita pemergian mengejut Cikgu Anuar Sadat. Tiba-tiba jatuh ketika bermain bola di sekolah. Pagi tadi kami sama-sama berborak-borak di kantin sekolah dan makan semeja di hotel. Tanpa kusedari air mata mengalir…”

Semasa menghadiri pengebumian arwah Cikgu Anuar di Cheras Baru keesokan hari, Suharimi didatangi seorang murid bernama Intan bersama ibunya. Ibu kepada murid tersebut menghulurkannya sebuah beg kertas sambil menjelaskan,

“Inilah hadiah untuk Cikgu Anuar, ustaz. Semalam Intan tak sempat nak bagi sebab sibuk dengan persembahan.”

Suharimi yang tidak dapat menahan sebak terus berlalu meninggalkan ibu dan anak tersebut dengan begitu sahaja sebelum kata-kata ibu itu dihabiskan. Walau bagaimanapun, dia sempat menyatakan maafnya dalam perkongsian tersebut oleh kerana emosinya yang tidak terkawal.

Perkongsian yang telah dikongsikan ke lamanPersatuan Makcik Puaka mendapat pelbagai respon dari netizen yang rata-rata sedih dan bersimpati dengan apa yang berlaku.

Antara amalan yang dapat membantu di dalam kubur, selain bersedekah dan doa anak-anak soleh dan solehah adalah ilmu yang bermanfaat. Manfaatkan ilmu cikgu itu, ada hadiah untuk dia di sana.”

Banyak pengorbanan yang telah Cikgu Anuar sumbangkan bukan saja pada murid-murid malah pada ibu bapa.”

Semoga roh arwah Cikgu Anuar tenang di sana. Kepada anak murid arwah, jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah buat cikgu. Takziah. 

Sumber : Lobakmerah

Kerap Main Game. Apa Yg Keluar Dari Mata Kanak² Ini MENGERIKAN !!!

China: Seorang kanak kanak bernama Li zhenglu mengalami bengkak mata yang cukup mengerikan.

Pada awalnya mata kanak kanak berkenan hanya terkena sedikit goresan,namun selepas beberapa minggu timbul benjolan kecil  hingga terpaksa membuat pembedahan.Pembedahan pertama dilakukan pada penghujung tahun 2016 lalu setelah  beberapa bulan kemudia ibunya mendapati benjolan itu semakin membesar hingga menutupi keseluruhan mata Li zhenglu.

Li zhenglu kemudian dibawa ke Hospital Qilu di shandong sebagai pilihan terakhir.namun sayang, doktor hopital berkenan tidak dapat berbuat banyak kerana Li zhenglu terlambat dibawa untuk mendapat rawatan.

Dikutif dari portal Daily star,ibu Li zhenglu mengungkapkan bahwa anaknya itu kerap bermain game sampai matanya merah.

Beberapa hari sebelum timbul benjolan,Li zhenglu dilihat kerap mengosok gosok matanya hingga mengakibatkan sedikit goresan.

Semenjak daripada itu Li zhenglu mengadu sakit dan ibunya membawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

Sumber : Eberita

PELIK Tiada Siapa Berani Ambil Motor Ini. Slps Disiasat Rupa²nya Motor Ini Penuh MISTERI !!!

Pelik tapi benar itulah kisah yang diceritakan oleh Shary Azshary dilaman media sosial hingga menjadi tular sejak semalam.

Warga yang kerap melintas jalan kendari sulawesi tengah ini, tentu tidak asing lagi dengan kewujutan motor Honda CBR 250 cc Repsol ini.Sekilas tak ada yang aneh, namun kisah disebaliknya pasti membuat bulu tengkuk anda bergerak.

Kisahnya motor tersebut sudah beberapa kali dipindahkan oleh warga sekitar namun. Motor berkenaan akan kembali sendiri ke tempat asalnya.

Dimaklumkan pemilik motor berkenaan meninggal dunia dua tahun lalu akibat kemalangan tempat dimana motor itu Parking.

Menurut Shary Azshary dia sendiri sudah melihat motor tersebut dan sempat mengambil beberapa keping gambar.

“Saya singgah tadi dilokasi, semua yang tahu jalan lama ini pasti akan tahu kisahnya, ia seperti dijaga dan bersih kunci juga masih di situ tergantung”

“Menurut info yang saya dapat, sudah banyak yang datang cuba mengambil motor berkenan, tapi motor akan kembali sendiri, pihak polis jugak pernah mengambil tindakan, sampai sahaja malam motor akan berbunyi dan kembali ke lokasi asal” katanya.

Sumber : Eberita

4 tahun beroperasi, akhirnya House of Cat terpaksa ditutup kerana disihir pihak tak bertanggungjawab

PERNIAGAAN, SIHIR & SEBUAH PENGAJARAN

Assalamualaikum whbt pelanggan yang bakal dirindui.
 
SEKADAR PERKONGSIAN

Kami terpanggil untuk berkongsi pengalaman berhadapan dengan sihir dan ilmu hitam sewaktu menjalankan perniagaan. Demi Allah, perkongsian ini bukanlah untuk meraih simpati mana-mana pihak. Namun hanya sekadar untuk menjawab pertanyaan pelanggan dan berkongsi pengalaman. Mudah-mudahan ia jadi pengajaran buat kita semua.
 
HOUSE OF CAT

Bagi yang baru mengenali, House Of Cat, nama ringkas yang barangkali akan diiingati. Perniagaan ini muncul pada tahun 2013 atas dasar minat terhadap kucing. Koleksi dan bilangan kucing yang kian hari semakin bertambah mendorong kami untuk membuka ruang bermain bersama kucing di rumah. Itupun atas desakan rakan-rakan terdekat dan sahabat.

Ketika itu, ruang tamu rumah jadi tempat kunjungan. Dalam diam diam, kami dihubungi beberapa media. Pernah muncul di rancangan Nasi Lemak Kopi O, TV9 serta beberapa buah majalah dan akhbar. Sejak itu, bilangan pengunjung kian hari semakin bertambah. Tak kurang beberapa selebriti turut meluangkan masa.

Mei 2016, kami berpindah secara rasmi ke sebuah premis perniagaan di Seksyen 7 Shah Alam dan beroperasi pada hari Selasa hingga Ahad bermula jam 11 pagi hingga 9 malam. Setakat ini, House Of Cat memiliki hampir 53 ekor kucing daripada 12 jenis baka dari dalam dan luar negara.

SAMBUTAN LUAR BIASA

Alhamdulillah, dengan hanya mengenakan bayaran masuk RM5 untuk seorang pengunjung selama satu jam. Perniagaan kecil ini mendapat sambutan luar biasa. Kunjungan pelanggan secara purata pada hari minggu mencecah 250 orang untuk satu hari. Pada hujung minggu (sabtu dan ahad) atau cuti umum, bilangan pengunjung menginjak ke 400 orang satu hari. Bilangan itu meningkat hari ke hari. Terima kasih semua.

PELANGGAN SEMAKIN BERKURANG

Awal Oktober 2016. Bilangan pelanggan semakin merosot. Daripada 250 orang satu hari, kini menurun mendadak sehingga 3 orang satu hari. Ada waktu premis kami tiada langsung kunjungan pelanggan. Kami hanya bersangka baik. Barangkali kemunculan rakan pesaing membuatkan pelanggan sudah punya banyak pilihan.

Persaingan ini begitu mencabar, strategi pemasaran kami diperbaiki, layanan ditambah baik. Kami mahu beri servis yang terbaik. Kami mula mengumpul pelanggan tetap dengan menawarkan kad keahlian. Ada yang seminggu 3, 4 kali datang mereka datang. Akrab sudah macam keluarga.

KEJADIAN PELIK & BARANG ANEH

Tidak lama selepas itu, kami mula diganggu. Pada mulanya, beberapa kelibat aneh kerap kali muncul dan melintas di dalam premis. Itupun menjelang malam hari. Gangguan itu berterusan. Kami anggap biasa. Sebagai umat Islam, kami percaya akan kewujudan alam ghaib. Kami menghormati keadaan itu. Barangkali ia juga satu bentuk teguran daripada Allah, untuk kami meningkatkan lagi ibadat kami kepadaNya. Bacaan yassin dan solat hajat dilakukan di kedai setiap minggu.

MACAM ADA YANG MARAH

Semakin hari perniagaan kami semakin merosot. Kami tidak putus asa. Barangkali ada yang kurang dengan perkhidmatan di kedai. Kami duduk berbincang. Kami sediakan borang maklum balas. Kami tanya pelanggan. Semua cakap baik. Semua cakap seronok. Kami pun pelik.

Sehinggalah suatu hari, sedang kami sibuk membersihkan kedai. Rutin biasa setiap malam sebelum tutup kedai, kami akan duduk berbual dengan kucing, mop lantai dan vakum bulu bulu kucing yang berterbangan. Tiba-tiba ada guli bergolek sendiri. Kemudian ia berhenti. Kami perhati lama, dan ia bergerak lagi sendiri. Tapi kami endahkan.

Hari berganti hari, makin banyak kejadian pelik berlaku. Barang yang diletakkan di tempat lain beralih ke tempat lain dengan sendirinya. Muncul bau bau busuk yang entah datang dari mana. Macam bangkai. Sesak nafas. Bunyi aneh tu tak tahu nak cakaplah. Memang setiap hari. Ada beberapa kali juga lampu kedai tiba-tiba terpadam, satu kedai gelap. Sudahlah waktu itu ada pelanggan.

IKHTIAR BERMULA

Setelah beberapa minggu berlalu, kami mula cari ikhtiar. Kami tanya orang berpengalaman. Satu persatu bantuan Allah tiba. Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Angkara sihir mula menampakkan rupa. Kami mula menderita sakit.

Tak kurang hampir setiap minggu staf dirasuk. Buang air kecil berdarah, buang air besar berdarah. Tidur malam di katil, bila bangun sedar dah di depan pintu. Makanan yang baru masak tiba tiba basi.

Buang air kecil, tapi air karat yang keluar. Sakit tahu tak

Hari yang lainnya, darah pula yang keluar. Ya rabb, terkutuklah mereka yang mengamalkan sihir.

Kami muntahkan macam macam benda aneh. Rambut, darah, cecair hitam, serpihan kaca. Dan ada juga rawatan sampai berjaya keluarkan beberapa paku reput berkarat. Perit. Kami bermandi air mata. Tidur pun dah tak nyenyak sebab ketakutan. Adapun pelbagai gangguan tiba. Kami berserah kepada Allah. Solat dan doa tiada henti kami lakukan.

Ini rambut, muntah segumpal. Sebenarnya banyak kali muntah. Tapi yang ini satu je ada gambar. Yang lain sakit hati nak simpan.

Ini ketulan darah. Pun keluar masa buang air. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

Ini paku. Keluar dari tubuh. Ada satu yang panjang, satu pendek. Dua dua dah berkarat teruk. Siap ada kain kafan dan kapas jenazah lagi.

Beberapa barang sihir juga kami temui, puluhan jarum, kain kapan, syiling lama, kain kuning.

Ini syiling lama, tapi kalau tengok betul betul. Ada macam ukiran 3 bentuk tubuh manusia. Macam kebetulan pula staf House of cat ada 3 orang.

ADA YANG UNDUR DIRI

Sepanjang ikhtiar rawatan, beberapa kali kami terpaksa cari bantuan baharu. Ada yang datang satu malam, esoknya beritahu tak dapat tolong lagi, suruh cari yang lain. Ada yang tidak putus asa bantu, tapi akhirnya berhenti juga. Rawatan menampakkan kesan. Tapi itupun cuma bertahan sehari dua. Selepas tiga hari rawatan berjaya, gangguan kembali hebat. Pernah sekali rak buku yang sekian lama kukuh dipenuhi buku agama termasuk yassin secara sendiri tiba-tiba tumbang.

Antara barang sihir yang muncul di kedai. Serpihan kaca entah dari mana banyak betul

PELANGGAN NAMPAK KEDAI TUTUP SEDANGKAN KAMI BUKA

Beberapa kali kami terima aduan pelanggan marah kedai kami tutup. Sedangkan kami di dalam kedai menunggu pelanggan tiba. Dan ada juga pelanggan yang dah melangkah masuk kedai dan dah bayar pun tiket masuk. Tiba tiba mereka batalkan niat, katanya ada urusan kecemasan dan kami terpaksa pulangkan wang. Kalau sekali tak pelik. Tapi hampir berpuluh kali.

SAKIT MAKIN TERUK

Lama kami sabar, penyakit di tubuh makin memburuk. Rawatan secara Islam tiadalah pernah putus. Sebut sahaja Pusat Rawatan Islam mana yang tak pernah pergi. Boleh kata semua kami dah kunjungi. Ruqyah berpuluh kali dibacakan. Meraung, melalak, menggelupur. Semua kami dah rasa. Pun begitu Ikhtiar tetap kami teruskan. Pengsan dan rebah tiba tiba seolah olah perkara biasa.

Wang berpuluh ribu habis pun kami tak kisah. Kami tak mahu mengalah. Sayangnya kami dengan House Of Cat. Kami dah tak fikir lagi untung meniaga. Itupun pelanggan masuk minta diskaun kami dah tak tahu nak bagi macam mana. Kami cuma nak kucing terjaga, pelanggan terjaga dan kami semua sihat. Itu sahaja.

TAWAKKAL

Hampir 7 bulan berlalu, kini kami berserah kepada Allah. Sihir di kedai nampaknya makin baik, tubuh ada perubahan. Cuma pelanggan tetap berkurang. Kata mereka, kesan sihir memang membinasakan. Ada yang cakap sihir boleh buat orang jadi gila. Memang pun. Sebab sihir kami hilang kawan, keluarga pun tak sempat nak jenguk. Separuh gila.

Salah seekor kucing yang mati disebabkan angkara sihir. Dah la dia budak baik. Tak ada dosa pun dengan manusia. Sebenarnya ada seekor lagi mati sebab sihir juga. Yang itu tak dapat share gambar sebab ngeri sikit. Dia menangis pun air mata dia berdarah. Dah mati jugak dah

Baby comel pun kena. Ini janin kucing. Gugur pun sebab sihir. Moga Allah beri balasan setimpal

Mei 2017, setelah berbincang dan tanya pandangan beberapa mereka yang dalam kelompok ahlinya. Kami berniat untuk berhenti beroperasi. Ya, memang kami sayang House Of Cat. Kami tutup bukanlah sebab kami putus asa dan mengalah. Tetapi sebenarnya kami mahu berehat. Kami sayang kucing kucing. Kami akan jaga semampu yang boleh.

KATANYA PERUBATAN & RAWATAN KAMI TAK SERASI…

Selepas pengumuman kami nak tutup kedai, ramai yang prihatin. Ada yang mendoakan, ada yang menuduh, ada yang buruk sangka, dan tak kurang ada yang menjatuhkan semangat. Tapi syukur sebenarnya lebih banyak yang menyokong. Ada yang cakap perubatan kami sebelum ini biasa sahaja, tak serasi, kami tak pandai. Kami harap pihak di luar sana hormat keadaan kami. Cukuplah kami menderita. Izinkan kami berehat. Allah Maha Mengetahui apa dan kenapa kami buat begini. Cukuplah dengan cakap cakap yang menyakitkan dan menyedihkan. Dalam waktu begini kami perlukan kata semangat. Kami dah ikhtiar.

BAGILAH KUCING PERCUMA…

Berpuluh kali kami dihubungi, ramai yang minta kami sedekah dan beri kucing kami percuma. Walaupun ada yang kata bergurau, kami minta maaf. Kami kecil hati. Kucing-kucing di House Of Cat sudah macam anak anak sendiri. Mereka kami belai, kami peluk dan kami mandi. Ada pun kami tidak mampu nak jaga, kami akan cari penjaga yang layak. Yang nampak berusaha, yang nampak betul betul akan jaga dan hargai mereka. Dalam keadaan kami dalam masalah begini. Kami minta maaf. Kami susah nak bergurau perkara sensitif. Walau cuma seekor kucing, ia soal kasih sayang dan nyawa.

SIAPA BUAT?

Tak semua boleh kami kongsi. Biarlah kami dan selebihnya Allah Maha Mengetahui. Siapa pun yang lakukan, dan siapa pun yang terlibat. Kami tetap mendoakan yang terbaik untuk kalian. Moga Allah ampunkan dosa kita semua. Kalau suatu hari kalian nak datang jumpa kami, kami alu-alukan. Kami tak berdendam. Cuma ingatlah, Allah Maha Adil.

Paling rare inilah kot.

Kain kafan lama
Kertas dicelup dengan minyak (ustaz cakap barangkali lemak babi sbb kes ini dh pernah jmpa)
Kain ada tulisan siam (macam mentera)
Benang bergumpal
Puluhan jarum
Kain berjahit dengan benang berserabut

Bagi sesiapa yang diluar sana, janganlah cakap “inilah Melayu, suka dengki”. Jangan jangan. Berhentilah dengan sentimen begitu.

KENAPA SENYAP TAK BAGITAHU AWAL? TIBA-TIBA NAK TUTUP…

Kami senyap bukan bermakna kami tak ikhtiar. Ada sebab juga kami diam. Kalau dari awal kami cerita, nanti ada yang cakap kami nak dapat simpati. Publisiti murahan. Nak pelanggan kesian dan ambil kesempatan. Kami bukan macam tu. walaupun dalam masalah, kami cuba jadi profesional. Kami layan pelanggan sebaik mungkin. Kami hendak beri yang terbaik.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENYOKONG KAMI SELAMA INI

Kepada semua pelanggan House Of Cat, Terima Kasih kerana sudi menjadi sebahagian keluarga besar kami. Kita tetap keluarga. Doakan yang terbaik buat House Of Cat. Mana tahu ada rezeki tiba tiba kami muncul lagi dalam industri. Buat masa ini kami nak berehat dan rawat diri dulu. Pasal kucing jangan risau, semua sihat. Minta maaf kalau ada salah dan silap sepanjang kami beroperasi. Jumpa lagi.

WAKTU LAWATAN AKHIR

Sabtu & Ahad
11.00 pagi – 9.00 malam

Jemput datang sebab kami ada jual barang baru & barang terpakai juga untuk beli makanan kucing dan ubat ubat.

Follow instagram @houseofcat dan Facebook House Of Cat atau House of catzz untuk sebarang kemaskini. Jangan lupa kirim doa.

Ini keluarga kami. Jumpa lagi semua. Terima kasih sebab menyokong selama ini. Berpisah hari ini. Esok mungkin ketemu semula. Maafkan salah silap kami ya. Doakan kami semuaa sihat.

P/S: Bagi tujuan keselamatan dan nak elakkan salah guna, tak semua gambar kami dapat kongsi. Maaf ya. Cukuplah kita sama sama ambil iktibar dan pengajaran.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: Wahai Pesuruh Allah? Apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, SIHIR, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.”
Hadis riwayat Imam Bukhari (2766) dalam Sahih-nya
Sumber : GengViral

Selepas Lama Berdiam Diri. Akhirnya Rosyam Nor Tampil Bg Komen Balas Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor berpendapat sikap David Teo yang tidak menghormati Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tuan rumah Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri – Segmen Penggiat Seni adalah sesuatu yang memalukan dan tidak patut berlaku.

Datuk Rosyam juga memberitahu Perdana Menteri suka dengan cara beliau mengendalikan program tersebut selaku moderator.Perdana menteri beritahu beliau suka cara saya kendali dialog itu dan juga idea-idea daripada penggiat seni. Cuma saya agak celaru kerana insiden itu tidak sepatut berlaku kerana kita diberi peluang berdialog oleh pemimpin nombor satu negara. Bila dia (David) bertindak begitu (pertikai cara kendali majlis), nasib saya boleh tahan kemarahan. Tapi bila habis majlis, saya fikir majlis ini untuk anak seni dan panggil mereka berdua untuk mendamaikan keadaan.

Kelihatan agak tenang ketika Mat Over tetiba menampar David yang baru hendak mula berpantun, Datuk Rosyam mengakui pengalaman beliau yang luas dalam bidang seni membuatkan beliau lebih matang.

Saya bukan baru jadi pengcara dan sudah lama dalam dunia seni. Syukur kepada Allah swt bagi kematangan dalam diri walaupun orang lain belum tentu dapat menanganinya. Namun saya tidak kata saya adalah seorang pengacara yang bagus.

Kami tidak mahu komen lebih mengenai isu ini lagi. Pihak David juga sudah memaafkan Mat Over tetapi kita harus ingat budi bahasa budaya kita.

Sumber: Tv14

MASIHKAH ANDA INGAT DENGAN SIDI ORAZA HERO MALAYA TAHUN 90AN? DARI PELAKON KINI BERGELAR USAHAWAN BERJAYA

Hebat 

Sidi Oraza atau nama sebenarnya Syed Osman Bin Syed Rastan dilahirkan pada 31 Oktober 1965 (49 tahun). Berasal dari Ayer Hitam,Pulau Pinang, dia merupakan seorang pelakon Malaysia yang mencipta nama pada era 1990-an.

Sebagai pelakon bergred A di Malaysia, kelibat Sidi agak sukar untuk dilihat dalam banyak karya. Beliau dikenali sebagai seorang pelakon yang selektif. Beliau juga telah cuba berlakon teater bagi mengasah kembali bakat berlakon beliau setelah berhenti seketika akibat penyakit.

Pada awal 2000-an, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang lakonan dan memberi perhatian terhadap perniagaan yang berasaskan perladangan yang dimiliki oleh beliau dan dibantu oleh abangnya, Syed Omar Syed Rastan. Kini beliau bergelar usahawan dan membantu petani-petani tempatan dengan syarikat beliau iaitu Diversatech (M) Sdn Bhd.
Filem-filem Yang Terlibat

Pelumba Malam (1989)
Pening-pening Lalat (1990)
Juara (1991)
Suci Dalam Debu (1992)
Konstable Mamat (1992)
Anak Angkat (1993) – Filem untuk televisyen
Aku Anak Siapa (1994) – Filem untuk televisyen
Sayang Salmah (1995)
Suratan Kasih (1996)
Siapa Dia? (1996)
Layar Lara (1997)
Dominan (1997) – Filem untuk televisyen
Sebening Anugerah (1997) – Filem untuk televisyen
Metafizik (1998) – Filem untuk televisyen
Isketambola (1998) – Filem untuk televisyen
Najwa (2004) – Filem untuk televisyen

Menerima Anugerah Keusahawanan – Bio Terbaik pada Majlis Malam Penghargaan Bio 2015

Menurut Syed Osman yang juga Presiden Syarikat Diversatech (M) Sdn. Bhd, beliau amat bersyukur kerana terpilih sebagai penerima anugerah berprestij itu yang dianggapnya ibarat menerima anugerah pelakon terbaik tahun ini.

“Saya tidak menyangka dan terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara tersebut, namun semua ini adalah ketentuan Allah SWT dan apa yang paling penting kita kena berusaha bersungguh-sungguh jika mahu berjaya.”

Bersama Rakan Seperjuangan Pelakon Latif Borgiba

“Sama juga dalam bidang lakonan dahulu, saya menang tujuh anugerah sebab saya lakukannya dengan bersungguh-sunguh dan ikhlas. Pokok pangkalnya tidak kira dalam apa jua lapangan yang kita ceburi, kita harus bekerja keras kerana kejayaan tidak akan datang dengan mudah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut berhubung cabaran ketika menceburkan diri dalam dunia perniagaan, Syed Osman memberitahu, beliau memulakan perniagaan itu hanya berbekalkan modal sebanyak RM6,000 yang dipinjam daripada arwah ibunya pada 1997.

“Selepas berhenti berlakon, saya hilang segalanya termasuk kereta dan rumah, ketika itu saya kalau ingin ke mana-mana saya menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT).”

“Malah ketika itu dengan wang yang sedikit, saya hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada untuk menaiki LRT atau makan, saya fikir lebih baik guna untuk makan maka saya terpaksa berjalan kaki.”

“Kemudian bersama abang saya, Prof. Dr. Syed Omar kami memulakan perusahaan menghasilkan baja. Oleh kerana kesungguhan untuk memajukan diri saya juga sanggup pergi ke China untuk mempelajari selok-belok menjalankan perniagaan,” ujarnya yang menamakan produk bajanya ‘Ajib’ bermaksud ajaib dalam bahasa Arab.

Menceritakan kejayaannya, bekas pelakon dan pengarah berusia 50 tahun itu menjelaskan, jualan produknya amat perlahan pada peringkat awal perniagaan iaitu 1998 tetapi kini sudah menghasilkan baja berasaskan teknologi bio sintetik ‘Ajib 99’ yang berfungsi untuk mengawal penyakit Ganoderma khusus untuk tanaman sawit.

Ironinya, Sidi Oraza pernah berlakon dalam drama dominan. Dominan adalah sebuah drama / filem untuk televisyen yang ditayangkan di TV3 pada tahun 1997. Ia diterbitkan oleh Kuasatek Pictures dan ditulis oleh penerbitnya sendiri iaitu Mohd Nor Kadir dan diarahkan oleh Khir Mohd Nor. Drama ini menggandingkan dua pelakon handalan iaitu Sidi Oraza dan Azizah Mahzan.

Ia mengisahkan kehidupan Tan Sri Lokman Hakim (Sidi) yang hidup sebagai tokoh korporat yang tidak mendedahkan identiti dirinya setelah berhenti kerja makan gaji. Sepanjang perkahwinan itu juga dia menghadapi masalah apabila dirinya dilihat tidak dominan berbanding isterinya yang menjadi usahawan yang berjaya. Isterinya pula gemar memperkecilkan dirinya kerana bekerja makan gaji.

Sehinggalah suatu hari, isterinya cuba untuk memenangi kontrak dari suatu syarikat yang besar dan berharap dapat kontrak tersebut yang sebenarnya syarikat tersebut ialah milik suaminya.

Setelah pendedahan itu, isteri dan anaknya malu dan memohon maaf pada Tan Sri Lokman Hakim yang merupakan suami dan ayah mereka. Inspirasi cerita ini sangat banyak terutama bagi mereka yang ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan untuk bermula dengan tanpa modal yang besar serta tidak memiliki sokongan ahli keluarga.

Sumber: Daily Niaga

TERKAKU Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu

Usah pelik dan usah tidak percaya , semua ini sememangnya ada berlaku . Bukan sahaja di kedai mamak, kedai mana-mana pun ada juga cuma caranya berbeza. Ambil ikhtibar atas kejadian ini, dan peringatan juga kepada pemilik kedai makan agar tidak melakukan perbuatan ini. Yakinlah pada rezeki yang Allah telah tetapkan untuk kita

Keluar ke tempat lain pulalah. Tetapi ke mana? Kedai mamak di sini, memang bersepah tapi ke mana hala yang paling dekat dan cepat? Bukan nak makan sangat pun, cuma nak minum saja. Dapat teh tarik halia ‘kaw’ pun dah sedap.
Tiba-tiba teringat pada satu kedai yang pernah dicadangkan oleh seorang kawan bertahun-tahun yang lalu. Baik, boleh cuba di situ. Lebih kurang 10 minit saja pun kalau memandu.
Sampai di kedai, jam menunjukkan 12.30 tengah malam. Punyalah ramai manusia. Hampir kesemua tempat penuh.
“Hmmm? Dia orang ni tak reti nak tidur ke? Esok tak kerja kot?”
Duduk dan order. ‘Mak aiii!’ Minah yang ambil order ini, mukanya, manis lagi cuka. Comelnya boleh tahanlah juga. Bak kata orang, sebagai penyeri kedai. Tetapi kalau muka dah kelat dan ketat, pergi mana pun takkan berseri.
Sementara menunggu minuman yang dipesan sampai, mata mula meliar sekeliling memerhatikan kedai. Entah kenapa tiba-tiba terlihat satu botol kecil diselitkan di siling penjuru pintu masuk kedai. Hati dah mula resah, mula menggaru kepala yang tidak gatal.
Kepala didongakkan lagi. Di penjuru satu lagi, terlihat lembaga perempuan berjubah hitam, tengah bertenggek di atas alang. Matanya tajam memerhatikan setiap pelanggan yang datang. Rambutnya mengerbang seperti yang kita selalu lihat dalam kaca tv.
Wajahnya, harimau tengok pun boleh pengsan. Terkopek sana sini, badannya dihayun-hayun bagai meratip. Apa yang diratipkan pun tak jelas. Sesekali apabila pelanggan baru masuk, tangannya akan dijuntaikan menyentuh kepada pelanggan.
“Ini tehnya. Makan? Tak mahu?,” tanya seorang pelayan kedai itu sambil menghentak cawan yang berisi air teh.
Kepala digelengkan. Baru kerja sebagai pelayan dah berlagak. Sudahlah duit pelanggan itu yang digunakan untuk membayar gajinya, tetapi melayan orang macam pengemis meminta sedekah.
Petua orang tua, apabila makan di luar, lagakan lidah ke lelangit. Kalau geli, barulah boleh diminum. Raba juga bawah bekas minuman atau makanan. Jika minuman itu panas dan bawahnya sejuk atau sebaliknya, bermaksud ada ‘sesuatu’ yang diletakkan. Setelah itu, bacalah selawat dan doa makan.
Ketika tangan dihulur ke arah mug, entah bagaimana kedengaran bunyi cawan yang merekah. Tidak sampai 10 saat, tiba-tiba cawan terbelah dan air teh melimpah. Sedikit lagi air panas itu terkena pada seluar. Kepala diangkat dan mata tepat merenung ke arah lembaga itu tadi.
Lembaga itu berayun sekali lagi seperti monyet di dalam kandang. Mamak di kaunter cepat-cepat berlari dan tanya apa yang berlaku. Kepala digeleng sambil membayar duit teh tadi. Tetapi bayaran ditolak dengan alasan air tidak diminum dan mahu digantikan dengan minuman yang lain.
“Hmm, tak perlulah ganti. Biarlah,”
Tetapi sebelum keluar, sempat berpesan kepada mamak itu.
“Tolong buang botol yang kat atas tu dan perempuan tu sekali,” sambil jari menunjuk ke arah siling.
Mamak itu seolah-olah terkejut bila ada orang tahu akan muslihat pelarisnya.
Sebaik saja keluar dari kedai itu, terasa ada benda yang mengekori. Toleh ke kiri, kelihatan perempuan berjubah hitam itu tadi sedang mengekori. Nampaknya, tak dapat nak balik ke rumah terus. Mahu tak mahu, kaki terpaksa melangkah ke arah sebuah lagi kedai mamak.
Teh tarik halia dipesan dan ditambah dengan air mineral dan limau nipis. Badan menghadap ke belakang kedai, limau diperah ke dalam air mineral. Beberapa surah dibacakan beserta doa untuk keselamatan. Setelah menghabiskan air teh halia, kaki pelahan menuju ke arah kereta.
Bulu roma kembali tegak. Rupanya benda itu masih lagi mengekori.
Pelahan-lahan botol mineral dibuka dan air dimasukkan ke dalam mulut. Walaupun tidak kelihatan, namun deria keenam terasa bagaikan ada tangan yang ingin mencapai tengkuk. Semakin lama, semakin rapat.
Badan dikalih ke kiri dan serentak air dihembur keluar ke arah makhluk itu. Mungkin kerana terkejut, lembaga itu terus melompat ke arah lampu jalan raya dan terus bertenggek. Campuran air mineral dan limau disimpan. Beberapa pelanggan yang menyaksikan kejadian itu memandang pelik.
“Buat tak tahu je lah”
Bukan ini lembaga yang mengekori, tetapi hampir sama tanpa sabit panjang.
Langkah dipercepatkan ke arah kereta dan dengan pantas menghidupkan engin. Mata terus memandang lampu jalan. Ya, lembagai perempuan itu mash di situ. Bagai menunggu arahan tuannya.
Sepanjang perjalanan ke rumah, hati bertanya, apakah teruk sangat perniagaannya sehingga memerlukan bantuan daripada ‘luar’? Jika dilihat, pelanggannya memang ramai. Beberapa bulan dahulu pernah makan di sini dan ternyata juadahnya memang enak!

Via paeawakcute

Polis selamatkan bayi usia setahun terkunci dalam kereta (40 minit), sementara ibu bapanya pergi bershopping

CHINA – Seorang bayi lelaki nyaris mengalami strok haba selepas ditinggalkan tidur dalam kereta, sementara ibu bapanya keluar membeli-belah, lapor Shanghaiist.

Dalam kejadian di Dongguan itu semalam, bayi berusia satu tahun itu terbangun dan mendapati ibu bapa tiada di sisi, bayi itu mula menangis ketakutan.

Seorang pejalan kaki yang kebetulan melalui jalan berhampiran terdengar tangisan bayi itu dan terus menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.

Dalam video yang tersebar, kelihatan dua pegawai polis sedang cuba memecahkan cermin tingkap kereta untuk menyelamatkan bayi berkenaan yang dilihat sudah mula berpeluh selepas berada di dalam kereta itu selama 40 minit.

Tidak dapat dipastikan sama ada ibu bapa bayi berkenaan akan didakwa di atas kecuaian mereka. Namun netizen berharap pasangan itu bersyukur kerana anak mereka berjaya diselamatkan orang awam dan pihak berkuasa. –The Reporter

Sumber : GengViral

‘Baru 5 minit tinggalkan dia untuk kemas rumah, dah tercari². Camne nak kurangkan manja suami eh?’

Dari Kisah Rumah Tangga

Saya seorang isteri dan usia perkahwinan sudah tiga tahun. Tetapi belum ada rezeki untuk bergelar sebagai ibu. Kisah saya mungkin berbeza dengan kisah-kisah warga KRT yang lain tetapi bagi saya, masalah saya mungkin akan menjadi masalah besar apabila saya sudah mempunyai zuriat nanti.

Kisahnya begini. Suami saya tidak boleh berenggang dengan saya. Pada awal perkahwinan, saya fikir mungkin mood honeymood tak habis lagi. Tetapi dah tiga tahun berlalu, perangainya masih sama.

Contohnya, bila suami kerja syif malam, saya pula suri rumah (suami suruh berhenti kerja). Bila suami pulang dari kerja, waktu pagi itu saya kena temankan dia tidur sampai ke petang.

Pernah sekali saya tinggalkan suami sekejap untuk mengemas rumah. Tak sampai lima minit, suami saya dah terpacak di depan saya.

Suami saya ini terlalu manja. Pernah sekali mentua saya datang ke rumah dan tidur di rumah saya. Masa itu pula suami kerja siang dan saya tidak dapat temankan suami tidur. Saya biarkan suami di bilik. Saya sangka dia sudah tidur, rupa-rupanya dia tidak tidur langsung.

Semasa suami cuti, 24 jam saya dengan dia. Kalau dia nak berjumpa dengan kawan dia pun, dia akan bawa saya bersama. Saya pula jenis yang malas nak keluar dan terpaksa ikut suami.

Saya bahagia dengan suami tetapi saya nak tahu ada tak cara nak kurangkan manja suami saya ini? Sebab saya risau bila ada anak nanti saya tak dapat nak handle suami dan anak.

Suami saya bukan lelaki lembut, dia anak sulung. Di depan adik beradiknya, dia sangat tegas. Cuma dengan saya saja dia manja mengalahkan baby.

Sumber : GengViral

Remaja Lelaki 14Tahun Nekad lapor Polis Apabila Teman Wanitanya 15Tahun Cuba MEMPERK0SANYA Sampai Berdarah… !!!

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun terpaksa ditahan pihak polis selepas didakwa cuba mero#gol teman lelakinya yang di kenali sebagai rizal dan remaja perempuan di kenali sebagai Husna itu didakwa telah menca#bul kehormatan kekasihnya.

Sekadar Gamabr Hiasan.Rizzal yang baru berusia 14 tahun dikenali sebagai pelajar pandai dan kacak di sekolahnya telah membuat laporan polis di Balai Polis Bontang, Kalimantan, Indonesia pada malam kemarin. Menurut laporan Menado.com dimaklumkan pada awalnya Husna telah mengajak mangsa untuk berjalan-jalan sebelum pulang ke rumah Husna ketika orang tuanya tiada di rumah.

Setibanya di rumah, Husna telah mengajak mangsa untuk berbual-bual di dalam rumahnya, mangsa yang tidak tahu niat sebenar Husna mengikut saja kehendak kekasihnya itu. Ketika berbual, Husna cuba mer#aba-rab#a mangsa sehinga ke bahagian sul#it, namun mangsa cuba melawan dan menghentikan kelakuan kekasihnya itu. Namun Husna semakin menjadi-jadi sehingga memaksa mangsa untuk membuka seluar.

Katanya dalam kejadian itu mangsa dan Husna sempat tarik menarik seluar hingga kemaluannya terluka dan berdarah akibat terkena zip seluar. Rizal berjaya melarikan diri dan melaporkan kejadian itu kepada ibunya sebelum membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Bontang, Rolly mengatakan, berdasarkan siasatan awal, Husna sempat membuka baju Rizal dan memaksanya untuk melakukan hubungan inti#m tapi tidak berjaya kerana Rizal melawan, katanya.

Sumber:SuperKiram