Tapak Kaki Sebesar Kuku, Berat Badan Umpama Sehelai Kertas, Bayi Ini Berjuang Untuk Hidup…Yang Ada Hati Dan Perasaan Jangan Berlalu Tanpa Mengucap Amin…Tidak Membantu banyak Pun Tidak Apa..Cukuplah Sekadar Mendoakannya

 

Baca Penuh

Oleh Feyra Nasrom Sumber Daily Mail

Subhanallah, besar sungguh kuasa Allah. Seorang bayi yang bernama Emilia Grabarczyk dilahirkan dengan saiz tapak kaki sebesar kuku dan berat badan yang ringan ibarat sehelai kertas.

Walaupun dilahirkan tak cukup 9 bulan, bayi ini bergelar bayi terkecil di dunia dan orang ramai menjangka jangka hayat untuk hidup tidak lama. Grabarczyk berukuran 22 sentimeter dan berat badannya cuma 8 auns. “Pejuang Kecil” ini dilahirkan di Witten dan doktor beranggapan kelahiran bayi ini sebagai satu keajaiban.
“ Jarang jika bayi yang berat badannya 14 auns untuk hidup, namun lain bagi Grabarczyk, ini kuasa tuhan. Kami bersyukur kerana bayi ini berjuang untuk hidup”
Sudah masuk usia 6 bulan dan Grabarczyk menunjukkan perkembangan yang semakin sihat walaupun doktor tidak meletakkan harapan tinggi untuk bayi ini hidup lama.

Sumber : http://sajakongsi.com

“Saya Jadi Angin, Marah Tengok..Rancangan Hiburan Yang Disalutkan Dengan Nama Islam..”à


Hujung minggu lepas telah berlangsung satu rancangan realiti tv berunsurkan nasyid iaitu Gema gegar Vaganza.

Sama konsep seperti Gegar Vaganza cuma kali ini persertanya semuanya penyanyi nasyid dan konsep ketuhanan.

Namun ada seorang Doktor yang mengkritik rancangan ini secara terbuka setelah menonton persembahan beberapa peserta.

Jom baca komennya:

Apa? “Gema Gegar Vaganza” nak naikkan konsep hiburan Islamik? #GemaGegarVaganza nak naikkan semula seni nasyid di Malaysia?

Saya dimaklumkan semalam baru berlangsung ‘konsert’ Minggu 1. Saya buka Youtube, dalam banyak-banyak video saya pilih untuk tonton 3 video:

1) Persembahan #UNIC. Saya tak mahu komen bab menyanyi, saya bukan penyanyi, tak belajar pasal muzik. Tetapi sekadar boleh kata, nyanyian OK. Nak kata Islamik, tak Islamik mana pun. Lagu ‘nasyid cinta’ kan, tak boleh nak cakap lebih. Apabila habis menyanyi dan sesi interaksi bersama 3 orang hos dan juri, saya jadi ‘hangin’ tengok penyanyi nasyid lelaki ber’pick-up line’. Lagi saya tambah ‘hangin’ tengok penyanyi nasyid lelaki selamba menyakat hos perempuan. Lagi-lagi saya jadi nak marah bila si penyanyi nasyid lelaki ber-‘chia chia chia’ di atas pentas.
Hang tu penasyid. Apa kebaikannya hang buat lagu tu? Kononnya nak ‘dakwah’ anak-anak muda? Dakwah dengan cara pick-up line dan bercanda dengan perempuan, publik dan disiarkan di seluruh negara? No way, man!

2) Bahagian akhir untuk pengumuman lagu untuk minggu depan. Pertama, peserta bercampur lelaki dan perempuan, berdiri dalam dua baris, sama-sama lelaki dan perempuan. Kata nasyid, kata dakwah, kata Islam, tak elok langsunglah berdiri sebegitu. Bukannya pentas tu kecil hingga tak boleh nak buat dua kumpulan, 1 belah lelaki dan 1 belah perempuan. Tak payah nak rapat-rapat sebegitu. Kedua, apabila giliran UNIC dipanggil, boleh pula penyanyi-penyanyi nasyid lelaki ini buat gaya ultraman pula? Eh, ke gaya power rangers? Eh, ke gaya ‘ravers’? Seriously, apa hang nak dakwahkan penonton-penonton dengan gaya ravers hang?
Nak cakap ravers style tu adalah gaya dakwah berhikmah ke apa? Sakit mata menengoknya tau dak.

3) Persembahan #Hijjaz (lagu Sumayyah). Saya hanya tonton bahagian nyanyian. Alhamdulillah, tampak mengekalkan kesederhanaan dalam persembahan. Tidak tahulah disebabkan faktor usia, kematangan atau genre lagu yang soleh menampakkan penyampaian yang lebih Islamik, tetapi saya doakan penyampaian dan persembahan tersebut dibuat sebegitu kerana mahu mengekalkan assolah (keaslian) dakwah dan nasyid itu sendiri. Tiada lebih, dan tiada kurang.

KESIMPULAN

Tak perlu nak highlight hiburan Islamik atau nak naikkan (atau mengembalikan kegemilangan) industri nasyid, sebab rancangan Gema Gegar Vaganza ini hanyalah satu rancangan hiburan yang ditopengkan dengan gelaran Islam. IT IS JUST ANOTHER ENTERTAINMENT SHOW, WHICH IS FULL OF HEDONISM. Hiburan semata-mata. Nothing more. Cuma di’salut’kan dengan nama Islam dan nasyid supaya nampak lain daripada yang lain.

Barisan pengacara pun ter-over nak tampak hebat, ada sampai seperti terpekik-pekik, sampaikan kata-kata dan ayat-ayat yang dituturkan menjadikan rancangan Gema Gegar Vaganza adalah semata-mata rancangan hiburan, tidak lebih, tidak kurang. Nama Islam dan nasyid hanyalah mainan yang diperdagangkan.


SECEBIS NASIHAT

1) Muzik akan jadi hiburan Islamik apabila fokus utamanya adalah mesej yang baik disampaikan dalam bentuk persembahan yang soleh/ah. Niat tidak menghalalkan cara. Ingat 2 prinsip ini iaitu
(1) Niat yang betul, 
(2) Cara yang betul. 

Kedua-dua elemen ini perlu sama-sama wujud, hadir dan ada sepanjang rancangan. Bukan niat nak dakwah, tapi menggunakan cara dakyah. Salah tu!

2) Jagalah iktilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram). Jarakkan (pastikan ada jarak kedudukan) artis/penyanyi/peserta lelaki dari peserta perempuan. Pentas itu cukup besar untuk lakukannya. Juga barisan hos dan pengacara, tak perlu pun nak berkepit bertiga dan meletakkan hos perempuan di tengah-tengah. Tak pelik pun jika hos perempuan berada di tepi kiri, dan dua hos lelaki di kanan. Biarlah NAMPAK Islamik, kalaupun tak mampu nak jadi Islamik.

3) Suatu perancangan yang Islam tetapi bercampur antara elemen Islam dengan elemen jahiliah TIDAK akan menjadikan perancangan tersebut Islam. Boleh baca surah al-Kafirun, “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku” (Al-Kaafiruun 109:6).

Saya sangat risau masyarakat kita dinormalisasikan bahawa persembahan dalam GemaGegarVaganza ini menjadi mindset bahawa inilah nasyid, sedangkan NASYID SEBENAR adalah jauh berbeza daripada apa yang dipersembahkan dan bukan perangai-perangai ravers, chia chia chia (dan seangkatan dengannya) yang patut dipergayakan dan diperbudayakan.

Dan saya nak SANGAT-SANGAT PESAN kepada para penasyid, janganlah buat perangai pelik-pelik. Nak jadi gila-gila kira bolehlah, tapi jangan jadi gila sehingga menggadaikan assolah dakwah secara nasyid yang mulia dengan kegilaan kamu. Sebagai ikon nasyid, berperangailah baik-baik!
Moga diberikan hidayah dan petunjuk untuk menjadikan rancangan ini lebih baik.

#MengkritikBukanMenghukum
Moga Allah SWT ampunkan kita semua.

Dr Syahr Musafir
Page Inspirasi Dr Syahr Musafir & Rahimah AR
PageBisnes Zawjah Islamic Fashion oleh Rahimah Ab.Rahman
09/04/2017

Nota: Kalau ada artis lelaki mahupun perempuan berpakaian jenis hipster lagilah menyakitkan mata. Boleh bagi pelengkung kalau ada! #FitnahDiHujungJari


UPDATE 10/04/2017: Saya tulis saya tonton 3 video/bahagian itu sahaja. JANGAN SOAL kenapa tak komen pasal artis wanita menyanyi dan bahagian-bahagian lain. Saya tak tengok yang lain, lebih-lebih lagi yang perempuan. Tak pasal-pasal nak tengok persembahan wanita menyanyi, ternyata haramnya di mana. Kalau Tuan/Puan nak persoalkan juga kenapa saya tak komen, ini jawapan saya “Saya memang sediakan ruang dan luang itu untuk Tuan/Puan yang komen!” Terima kasih. Moga Allah SWT redha, dan senantiasa beri hidayah kepada KITA semua. Aameen.

Itulah komen dan teguran dari Doktor tersebut. Semoga jadi teladan.

Seperti baisa ada yang menyokong komen ini dan ada yang tidak bersetuju dengannya.

Sumber : berita memey

Buat wanita, usah bimbang dan ragu-ragu lagi akan persoalan apakah yang akan berlaku jika hamil pada usia 20, 30 atau 40. Sebenarnya…..

Image result for Apa Yang Akan Berlaku Jika Wanita Berusia 20, 30 dan 40 Hamil

Image result for Apa Yang Akan Berlaku Jika Wanita Berusia 20, 30 dan 40 HamilJika anda masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata, seeloknya rancang kehamilan lebih awal atau mungkin ketahui waktu yang paling sesuai untuk tubuh anda berbadan dua.

20-AN
Bayi : Usia muda menjadikan purata tumbesaran bayi membesar secara abnormal adalah kurang. Jadi jangan bimbang ok!

Minda : Mungkin dari segi minda, anda akan mengalami sedikit gangguan kerana umumnya pada usia 20-an, ia adalah waktu di mana ramai yang memilih untuk bekerja keras. Bahkan, ada segelintir yang akan melalui tekanan di pejabat kerana secara teorinya pada usia ini ramai yang masih belum cukup matang.

Tubuh : Majoriti wanita hamil pada usia 26 tahun. Pada usia muda ini tubuh anda masih lagi kuat dan dikatakan ia adalah  waktu terbaik untuk hamil. Ia juga mampu mengurangkan risiko kanser ovari dan payudara. Apatah lagi pada usia muda ini, proses persenyawaan telur berlaku dengan lebih tinggi dan risiko keguguran kurang dari 12 peratus.

30-AN

Bayi : Selepas usia 35 tahun, bayi dalam kandungan berisiko untuk menghidapi penyakit down syndrome. Puratanya sama tinggi dengan masalah keguguran. Pada usia ini juga, imun tubuh akan berkurangan dan anda dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dengan lebih teliti.

Minda : Pada peringkat usia ini, diri anda akan lebih tenang dan cukup matang pabila sudah melepasi peringkat kepayahan mencari rezeki pada usia 20-an. Emosi anda juga akan lebih stabil pada peringkat ini.

Tubuh : Secara fizikal, tubuh anda masih lagi kuat, namun disarankan untuk anda hamil sebelum mencecah 35 tahun. Juga dinasihatkan supaya anda kerap mendapatkan rawatan dan nasihat doktor jika hamil pada usia ini kerana ditakuti masalah diabetes dan tekanan darah tinggi. Pada peringkat usia 35-40 tahun, risiko keguguran meningkat lebih tinggi kepada 25 peratus.

40-AN
Bayi : Jangan terkejut yang mana pada usia ini peratus untuk mendapat bayi kembar adalah lebih tinggi. Kajian mendapati yang mana tubuh wanita pada usia ini menghasilkan lebih banyak telur dari sebelumnya.

Minda : Pada ketika ini, emosi anda akan lebih mudah terganggu. Emosi yang tidak menentu dan perasaan cepat berputus asa untuk hamil itu lebih bermaharajalela pada usia ini.

Tubuh : Tiada kata yang mana anda tidak boleh hamil ketika usia ini. Anda masih boleh mengandung dengan sihat tetapi pastikan anda mendapatkan pengawasan doktor dengan lebih kerap kerana pada peringkat ini, kadar keguguran lebih tinggi yang mana mencecah 50 peratus. Risiko penyakit diabetes dan penyakit-penyakit lain juga meningkat dua kali ganda. Bahkan, tahap kesuburan anda juga akan menurun dan tidak terkejutlah yang mana tubuh anda akan lebih lemah dan cepat penat pada peringkat umur ini.

Sumber : eh.com.my

MASYAALLAH!! Begini rupanya 15 Foto keadaan sebenar Segitiga Bermuda setelah Lautan Atlantik Utara kering yang betul-betul bikin kecut perut&menakutkan!! Foto no.#3, #8 & #9 tu paling epik sekali!


Menggunakan bantuan teknologi terkini yang dipanggil Sonar Mapping, sekumpulan pengkaji Barat berjaya menggambarkan rupabentuk muka bumi di dasar lautan paling misteri di dunia, Segitiga Bermuda. Berikut adalah antara snapshot yang dipetik daripada dokumentari National Geographic, Drain The Bermuda Triangle.

Dan ini pula adalah Great Bahamas Banks, ketinggiannya adalah tiga (3) kali ganda ketinggian gunung-ganang di Grand Canyon.

Ramai di antara kita yang mengaitkan kehilangan pesawat terbang dan kapal-kapal di Segitiga Bermuda ini dengan tarikan magnet yang terdapat di Segitiga Bermuda. Persoalan mengenai daya kuasa magnet yang terdapat di Segitiga Bermuda boleh jadi juga telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak berkepentingan atas sebab-sebab tertentu. Atau, mungkin memang benar daya tarikan magnet di Segitiga Bermuda sememangnya lemah bahkan tiada langsung. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui segala isi-isi di langit dan di bumi-Nya.

Bagaimana pula dengan persoalan mengenai lokasi yang disebut-sebut sebagai mahligai iblis laknatullah? Bagi para pembaca yang pernah membaca buku  Berdialog Dengan Jin Islam tulisan Muhammad Isa Dawud, pastinya sedia maklum dengan pendedahan rahsia ghaib Segitiga Bermuda oleh jin yang ditemubual oleh penulis tersohor dunia itu. Apa yang dapat saya katakan disini hanyalah Allah SWT yang maha mengetahui.

Namun ingin sekali saya kongsikan kepada anda sebuah hadith berkenaan Ibnu Sayyad. Hadith ini tergolong dalam hadith-hadith Dajjal. Para ulama berselisih pendapat mengenai Dajjal – antara pendapat yang diperdebatkan adalah samada Dajjal itu adalah sebuah sistem, bangsa atau Dajjal itu ialah sejenis makhluk (manusia) hasil daripada benih manusia dan jin yang kini sedang disembunyikan di alam ghaib. Ulama yang berpegang kepada pendirian bahawa Dajjal itu adalah sebuah sistem dan bangsa, merupakan ulama moden dan teori ini mula diketengahkan ketika era kemerdekaan negara-negara Timur Tengah daripada empayar British. Namun, ulama Islam sedunia secara rasminya berpegang kepada pendapat bahawa Dajjal itu ialah sejenis makhluk (manusia) hasil daripada benih manusia dan jin. Ibnu Sayyad bukanlah Dajjal, namun mempunyai sifat-sifat Dajjal sehinggakan para sahabat Nabi Muhammad SAW juga menyangka bahawa beliau adalah Dajjal yang sering disebut-sebut oleh para Nabi dan Rasul sebelum itu. {2}

Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a, dia berkata;

“Bahawasanya ada seorang wanita Yahudi di Madinah melahirkan anak lelaki dalam keadaan (sebelah) matanya terhapus dan taringnya nampak (panjang). Rasulullah SAW khuatir kalau-kalau anak lelaki itu Dajjal. Lalu Baginda mencarinya, dan didapati dia sedang mengdengkur di balik selimut. Melihat kedatangan Rasulullah SAW, ibu anak itu memberitahu; “Hai Abdullah, ini ada Abul Qasim datang. Keluarlah dari selimut, temui dia!” kata Rasulullah SAW. “Kalau saja ibunya membiarkan, tentu anak itu akan berbicara berterus terang.” Namun demikian tetap juga beliau bertanya, “Hai Ibn Sayyad, apa yang kamu lihat?” dia jawap, “Saya melihat kebenaran dan melihat kebatilan. Saya juga melihat ‘Arsy di atas air.” Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu percaya bahawa aku Rasul Allah?” Dia malah balik bertanya, “Apakah kamu juga percaya bahawa aku Rasul Allah?” Rasulullah SAW menyatakan, “Aku beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya.” Kamudian Baginda pergi meninggalkannya. Rasulullah SAW datang mencarinya lagi di kebun korma mereka. Kali ini pun ibunya memberitahu, “Hai Abdullah ini ada Abul Qasim datang.” Oleh kerana itu Rasulullah SAW pun berkata, “Ada apa dengan perempuan ini?” Semoga Allah memeranginya. kalau saja dia membiarkan, pastilah anak itu akan berterus-terang.”

Dari Abi Sa’id; berkata Abi Sa’id, “Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar bertemu dengan Ibn Sayyad di suatu jalan di Madinah, maka Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “Apakah kamu bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah” ia bertanya kembali, “Apakah kamu bersaksi bahawa aku utusan Allah?” Baginda bersabda, “Aku beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya. Apa yang kamu lihat?” Ia menjawap, “Aku melihat singgahsana di atas air.” Baginda bersabda, “Kamu melihat singgahsana iblis di atas laut. Apa lagi yang kamu lihat?” Ia menjawap, “Aku melihat orang-orang jujur dan pendusta.” Bersabda Rasulullah SAW, “Kesamaran atas dakwaannya ini. Biarkan dia.”

Mungkin apa yang kita lihat adalah sesuatu yang ‘hanya perlu’ untuk kita lihat. Dan apa yang belum kita lihat adalah sesuatu yang ‘tidak pelu’ untuk kita lihat. Wallahu A’lam Bishawab.

MOHON SEBARKAN! GAMBAR BUKTI BAHAWA NABI MUSA PERNAH MEMBELAH LAUT.

Pernah dengar kisah mukjizat Nabi Musa yang membelah laut dengan tongkatnya? Kisah tersebut bukanlah kisah dongeng semata­mata tetapi ianya adalah kisah benar. Sampai sekarang kita masih boleh melihat bukti­bukti tersebut. Seorang ahli arkeologi bernama Ron Wyatt pada tahun 1988 mengakui bahawa dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno di dasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini adalah bangkai kereta tempur Pharaoh yang tenggelam di dasar laut semasa digunakan untuk mengejar Musa bersama para pengikutnya.

 Menurut pengakuannya, selain menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga turut menemui beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama.

Penemuan itu menguatkan lagi bahawa sisa tulang belulang itu adalah merupakan sebahagian dari kerangka para bala tentara Pharaoh yang tenggelam di laut Merah.

Hasil kajian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang ditemui itu memang benar bahawa struktur dan kandungan beberapa tulang tersebut telah berusia sekitar 3500 tahun, dimana menurut sejarah, peristiwa tersebut berlaku pada kurun yang sama.

 Selain itu, turut ditemui poros roda dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah ditutupi dengan batu karang, bentuk asalnya sukar untuk dilihat secara jelas. Mungkin Allah sengaja melindungi bukti­bukti ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahawa mukjizat yang diturunkan kepada utusanNya merupakan suatu yang nyata dan bukan dongeng. Di antara beberapa bangkai kereta, turut ditemui sebuah roda dengan 4 buah jeriji yang diperbuat daripada emas. Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggang oleh Pharaoh Raja Firaun.

Berdasarkan peta, menurut para ahli pengkaji sejarah di situlah sekitar lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi laut Merah. Lokasi penyeberangan itu berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan kedalamannya mencapai 1500 meter. Kecerunan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4 darjah, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 darjah.

Kira­kira jarak antara Nuweiba ke Arab adalah sekitar 1800 meter. Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah kira­kira 900 meter. Menurut sumber lain jaraknya kira­kira mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam.

SEBARKAN USTAZ INI BONGKAR 6 JENIS KELEMAHAN JIN DAN IBLIS YANG UMAT ISLAM HARUS TAHU UNTUK MENGALAHKAN GODAANNYA


 
Baru-baru ini, saya telah pergi ke surau di Jitra Kedah, seorang ustaz dari pondok haji salleh telah menerangkan serba terperinci mengenai JIN. dan apa itu JIN dan kelemahan JIN.

Walaupun jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin, di antaranya :
1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh.

Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 –

Iblis berkata: Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan masiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka . (Surah Al-Hijr 15: 39-40).

Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan tidak akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.

2. Syaitan takut dan lari oleh sebahagian hamba Allah

Apabila seseorang betul-betul memegang ajaran agamanya dengan betul serta mengukuhkan keimanannya dengan teguh, maka syaitan akan takut dan lari. Hal ini terdapat pada diri Umar bin Khatab. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Turmu-dzi Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda kepada Umar: Sesungguhnya syaitan sangat takut olehmu, wahai Umar (HR. Turmudzi).

Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi syaitan (jin kafir) juga akan takut oleh orang-orang beriman yang betul-betul dengan keimanannya. Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir pernah mengutip sebuah hadis berikut ini:

Sesungguhnya orang mukminakan dapat mengawal (mengalahkan) syaithannya sebagaimana salah seorang dari kalian yang dapat mengawal untanya ketika perjalanan (HR. Ahmad).

Bahkan, apabila seseorang betul-betul, dan soleh, dia boleh membawa qarinnya (penyertanya, kerana setiap manusia itu pasti disertai oleh syaitan (jin kafir) di sebelah kirinya dan malaikat di sebelah kanan atau sering disebut dengan qarin) masuk Islam. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim ini juga:

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: Tidak ada seorang pun kecuali ia disertai oleh seorang qarin (penyerta) dari jin dan seorang qarin (penyerta) dari malaikat . Para sahabat bertanya: Apakah termasuk anda juga wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Ya termasuk saya, hanya saja Allah menolong saya sehingga jin itu masuk Islam. Ia (jin tadi) tidak pernah menyuruh saya kecuali untuk kebaikan (HR. Muslim).

3. Jin takluk dan taat kepada Nabi Sulaiman.

Di antara mukjizat Nabi Sulaiman adalah dapat menaklukan jin dan syaitan sehingga semuanya boleh bekerja atas perintahnya. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam ayat al-Quran berikut ini dalam surat Shad ayat 36-38:

Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu (QS. Shad ayat 36-38 ).

Mukjijat ini diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai pengabulan atas doanya yang mengatakan:

Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan kepada seseorang setalahku (QS Shad 38:35).

Doa Nabi Sulaiman inilah yang menyebabkan Rasulullah tidak jadi untuk mengikat jin yang datang dengan melemparkan anak panah ke muka beliau. Dalam sebuah hadis Muslim dikatakan:

Dari Abu Darda berkata: Suatu hari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bangun, tiba-tiba kami mendengar Rasulullah mengatakan: Aku berlindung kepada Allah darimu, kemudian Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam juga berkata: Allah telah melaknatmu sebanyak tiga kali. Rasulullah lalu menghamparkan tangannya seolah-olah beliau sedang menerima sesuatu. Ketika Rasulullah selesai solat, kami bertanya: Wahai Rasulullah, kami mendengar anda mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini. Kami juga melihat anda membukakan kedua tangan anda . Rasulullah menjawab: Baru Iblis, musuh Allah datang membawa anak panah api untuk dipasang di muka saya, lalu aku berkata: Aku berlindung kepada Allah darimu sebanyak tiga kali, kemudian saya juga berkata: Allah telah melaknatmu dengan laknat yang sempurna sebanyak tiga kali. Kemudian saya bermaksud untuk mengambilnya. Seandainya saya tidak ingat doa saudara kami, Sulaiman, tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak penduduk Madinah (HR. Muslim).

4. Jin atau syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah

Syaitan dan jin tidak dapat menyerupai bentuk dan muka Rasulullah saw. Oleh kerana itu, apabila seseorang bermimi melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, maka ia sungguh telah melihatnya. Dalam hadis sahih dikatakan:

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: Sesiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku (HR. Muslim).

5. Jin dan syaitan tidak boleh melewati batas-batas tertentu di langit

Sekalipun jin dan syaitan mempunyai kelebihan dapat bergerak dengan cepat, akan tetapi mereka tidak akan dapat melepasi batas-batas yang telah ditetapkan yang tidak dapat dilalui selain oleh para malaikat. Kerana apabila mereka berani melaluinya, maka mereka akan binasa dan hancur. Kerana itu pula, jin tidak dapat mengetahui dan mencuri maklumat dari langit sehingga apa yang dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun adalah kebohongan semata. Untuk lebih jelasnya akan hal ini, dapat dilihat dalam surah al-Rahman ayat 33-35).

6. Jin tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama Allah

Dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda :

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum yang diperbuat dari kuit binatang) dan bekas-bekas kamu (untuk masa sekarang seperti almari, bupet, peti sejuk dan lain) sambil menyebut nama Allah, meskipun kamu hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu-lampu kalian (HR. Muslim)

KERJA GILA!! Kisah MENGERIKAN penyelam berusia 80 tahun ini masuk di dalam Segitiga Bermuda namun inilah 4 foto & apa yang ditemuinya ketika di sana yang begitu MENAKUTKAN&MENYERAMKAN!!!




#~Kisah anak watan ini adalah untuk membuka ruang berfikir seseorang yang masih cuba merungkai permasalahan yang berlegar untuk memberikan manfaat yang berguna dalam kehidupan.
#Segala yang terjadi dengan kekuasaan Allah Taala yang cuba menguji hamba-hamba-Nya untuk mengkaji khazanah alam yang secubit ini.
#Seorang orang lama berumur 80 tahun berasal dari negara Bermuda, William Gillies baru saja mengeluarkan buku berjudul ‘Reefs, Wrecks & Relics — Bermuda Underwater Heritage’ atau ‘Karang, Bangkai Kapal, dan Relik – Warisan Alam Bawah Laut Bermuda’.
#Dalam bukunya, Gillies menceritakan pengalamannya menyelami Lautan Bermuda.
#Seperti dimuat The Royal Gazette, Rabu 28 April 2010, meskipun tak mungkin lagi turun untuk menyelam ke dalam air laut, tapi ingatannya tentang masa mudanya sebagai pencari harta di bangkai kapal, belum pupus.
#Dengan menyelam, saya mengetahui kekayaan laut Bermuda.
#Banyak tempat yang misteri di muka Bumi, namun Segitiga Bermuda atau sering disebut ‘Segitiga Setan’ — wilayah lautan di Lautan Atlantik — dianggap yang paling keras dan menyeramkan.
Dan kisah seram tempat itu menyebar ke seantero sejagat. Kisah itu menyebar lewat buku, iklan produk telekomunikasi hingga filem layar lebar. Banyak yang belum tahu di mana sesungguhnya letak wilayah misteri itu.
Segitiga Bermuda itu sesungguhnya adalah wilayah di dalam garis titik yang berhubung dengan tiga wilayah dari beberapa kepulauan gugusan Amerika Tengah iaitu negara kepulauan Bermuda, Puerto Rico, dan Miami di Amerika Serikat.
Orang-orang yang menetap di Bermuda, sudah sekuat tenaga melawan rupa-rupa kisah menakutkan itu. Sebab daerah yang hidup dari beberapa makhluk Allah yang lain ini boleh menyebabkan para pelancong menjauhi kawasan ini gara-gara kisah seram itu.
Salah satu dari memori awalnya tentang laut Bermuda adalah peristiwa tenggelamnya sebuah kapal mewah Sepanyol, Cristobal Colon di wilayah Karang Utara, 25 Oktober 1936. Saat kapal itu tenggelam, Gillies masih berusia enam tahun.
 




Gillies memulai penyelamannya pada 1965, saat dia berusia 35 tahun. Penemuan sebuah bel dari kapal tua yang tenggelam memicu gairahnya untuk menyelam dan mencari sisa-sisa harta yang karam di dasar laut.
Objek-objek menarik di pasir dan sekitar bangkai kapal sering dia jumpa di dasarnya. Misalnya potongan lampu tua berbahan bakar minyak ikan paus.
Kadang-kadang dia dan rakan selamannya menemukan pecahan atau potongan tembikar atau porselin.
Beberapa potongan itu dia rekonstruksi menggunakan fiberglass dan getah damar. Beberapa karya restorasi Gillies kini dipajang di Bermuda Underwater Eksplorasi Institute (BUEI).
Beberapa benda diakui Gillies misterius. Misalnya, dia menemukan paip berkarat yang tersimpan di peti kayu di sebuah kapal layar yang hancur dan tenggelam di awal tahun 1900-an.
Ada lagi benda berbentuk sekelompok kristal berbentuk cincin kecil.
Ini mungkin digunakan seorang wanita untuk menghias gaunnya.
Sesungguhnya anak watan tersebut cuba menghidupkan kembali tempatnya supaya para pelancong dapat mengunjungi kawasannya yang terselindung pelbagai khazanah alam.
Siapa pun kita, janganlah mudah bersangka kepada kejadian yang aneh dan pelik itu mainan, kerana sesungguhnya Allah akan menguji hamba-Nya dengan pelbagai ujian kepada sesiapa yang diinginkan. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang!

SUBHANALLAH INILAH 5 TANDA KEMATIAN YANG BISA DIKETAHUI MANUSIA TAPI SERING DIABAIKAN


Meskipun kematian yaitu satu hal yang di rahasiakan oleh Allah, namun terlebih dulu kematian itu datang bakal ada tanda-tanda yang mungkin saja dapat kita ketahui. Namun, biasanya seseorang tidak bisa menyadarinya.

Tanda-tanda itu terlebih dulu kematian.

40 hari terlebih dulu kematian

Tanda-tanda kematian ini bisa terlihat setelah masuk waktu asar, segi pusat dari tubuh kita bakal berdenyut. Itu tandanya bila daun yang terdaftar nama kita dari pohon yang ada di Arshy Allah swt. Sudah gugur.

Setelah itu malaikat maut mengambil daun itu dan selekasnya bikin persiapan salah satunya mulai mengawasi kita setiap waktu. Dan sesekali malaikat maut menunjukkan dianya pada orang yang bakal dicabut nyawanya berbentuk manusia, dan waktu itu juga orang itu akan terasa terkejud dan bingung saksikan malaikat maut.

Walau malaikat maut wujudnya hanya satu tetapi atas izin Allah swt, Dia bisa mencabut nyawa seseorang kurun waktu yang berbarengan.

7 hari terlebih dulu kematian
Sinyal ini terlihat setelah masuk saat asar, tanda-tanda kematian ini hanya diberikan Allah swt Pada orang yang diuji Allah dengan Sakit, biasanya orang yang tengah sakit tak berselera makan, mendadak ingin makan. Ini yaitu isyarat dari Allah bila kematian memang benar-benar telah dekat.

3 hari terlebih dulu kematian

Disuatu waktu akan merasa denyutan didalam dahi kita, yaitu pada dahi kanan dan dahi kiri. Apabila tanda-tanda kematian ini dapat di rasa jadi sebaiknya berpuasalah kita kemudian. Supaya perut kita tak mempunyai kandungan banyak najis, dan ini akan memudahkan orang lain utk memandikan jasad kita.

Lalu juga mata hitam kita tak bercahaya lagi, dan untuk orang yg sakit, hidungnya perlahan-lahan akan masuk dalam, ini dapat tampak jelas apabila dilihat dari segi tubuh kita. Telinga bakal layu dan berangsur-angsur masuk dalam. Tapak kaki tegak berangsur-angsur lurus ke depan dan susah untuk ditegakkan lagi.

Sehari terlebih dulu kematian

Tanda-tanda kematian ini bisa berjalan setelah waktu ashar, kita bakal rasakan denyutan di bagian ubun-ubun, ini menyaratkan kita sudah tak pernah lagi saksikan waktu ashar di keesokan harinya.

Tanda terakhir

Kita akan rasakan sejuk di bagian pusat, lalu turun ke pinggang dan selalu naik ke sisi halkum.

Pada sekarang ini baiknya kita sering beristighfar memohon ampun pada Allah, dan beberapa sering membaca syahadat. Mengatur hati, fokus fikiran kita hanya pada satu arah yaitu Allah swt. Dengan hal itu semoga dengan sedikit pengetahuan mendekati kematian, kita punyai kesiapan untuk menghadapinya.

VIRAL Isteri Curang Dan Kekasih MELEKAT. Ini PUNCANYA Yg Buat Ramai TERPANA !!! 

Seorang wanita yang sudah bersuami dan kekasihnya terpaksa menanggung malu besar apabila mereka terlekat ketika membuat hubungan kelamin dan terpaksa meminta pertolongan jiran untuk membantu mereka.

alamviral.blogspot.my/2017/03/viral-isteri-curang-dan-kekasih-melekat.html?m=1

Menurut laporan, alat sulit pasangan itu terlekat apabila si suami wanita terbabit mengarahkan dukun untuk menyumpah alat sulit mereka.

Pasangan itu terlekat antara satu sama lain ketika melakukan hubungan kelamin di rumah wanita berkenaan di Kisii County, Kenya ketika si suami berada di luar atas hal bisnes.

Tidak dapat menahan kesakitan, pasangan itu terpaksa menjerit dengan kuat untuk menarik perhatian jiran.

Jiran kemudian datang ke rumah tersebut dan terpaksa dibawa keluar dengan menggunakan kain. Orang ramai juga mula berkumpul untuk melihat pasangan itu yang menutup muka mereka dengan selimut.

2

3

Media tempatan melaporkan, suami kepada wanita tersebut sudah mengesyaki isterinya curang dan memberikan ramuan yang disediakan oleh seorang dukun kepada isterinya sebelum keluar rumah.

Ramuan itu dikatakan dicipta supaya pasangan terbabit tidak dapat dipisahkan bagi membuktikan kesalahan mereka, namun ada juga media yang berkata insiden itu berlaku kerana kondisi medikal.

Media tempatan melaporkan lagi, atas arahan si suami, pasangan itu kemudian dibawa ke dukun yang membuat jampi terbabit yang kemudiannya memisahkan mereka.

Dukun itu menyuruh kekasih wanita berkenaan membayar denda sebelum memisahkan mereka.

Dukun itu juga berkata kepada media bahawa insiden itu sepatutnya menjadi pengajaran kepada mereka yang curang dalam perkahwinan. KREDIT SIAKAPKELI via Dailymail.

4

5

6

Sumber : sayaluvislam

LEPAS 3 TAHUN CERAIKAN ISTERI, LELAKI INI STALK FACEBOOK BEKAS ISTERINYA DAN TEMUI SESUATU…

Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang-bayang dia. Tapi tangan aku gatal search nama dia di FB. Tak berharap pun masa tu tapi, tiba-tiba memang ada di search result. Aku stalk janda aku secara tiba-tiba…

Aku merupakan seorang lelaki yang sangat cliche, sangat typical. Lulusan universiti awam, bekerja sebagai seorang jurutera tempatan. Tiba umur aku 27 tahun aku tengok kiri kanan semua orang dah kahwin. Tapi aku ni kawan perempuan pun tak ada. Hati dah rasa macam nak kawin jugak, nak ada keluarga..mungkin sebab penat dedikasikan masa semata-mata untuk kerja. Jadi aku minta kawan-kawan aku kenalkan aku dengan seorang perempuan yang sesuai la aku nak jadikan isteri.

Pendekkan cerita, aku dipertemukan dengan seorang gadis. Simple, tutup aurat, lemah lembut, cukup sifat bagi aku. dua tahun kami kenal, aku yakin memang dia lah jodoh aku. Sebab apa? Personaliti dia. Nature kerja aku ni memerlukan aku sentiasa on call,sentiasa sibuk. Tapi selama kami berkawan, dia tak pernah merungut walaupun keluar pun sebulan sekali je.

Lepas tu, dia sangat independant, takde nak bergantung pada aku sangat. Seorang yang sangat bijak bagi aku, matang dan memang sempurna dan dari keluarga yang baik2. Aku luahkan niat aku untuk kahwini dia dan dia setuju.

6 bulan kemudian kami menikah. 2-3 minggu berkahwin, aku rasa ada yang tak kena. Tapi aku abaikan saja biasalah baru lagi maybe belum biasa. Satu hari, aku tengok laptop dia. Ada satu emel menarik perhatian aku. Dia berbalas e-mail dengan Al-Baghdadi, satu tempat belajar Al-Quran.

Bertanya kan yuran pendaftaran bagi orang dewasa. Aku belek2 tengok pendaftaran tu nama dia.
Tengah aku tengok tu, dia keluar dari bilik air & pandang aku. Aku tanya dia, awak nak belajar Quran ke? Dia terdiam tak jawab apa-apa, berjalan masuk dan duduk atas katil kami. Air mata dia mengalir laju, badan terhenjut-henjut menahan sedu tangis. Aku panik, dah kenapa isteri aku ni. Aku duduk sebelah, tanya dia kenapa. Dia buat pengakuan yang dia tak pandai mengaji dan sembahyang. Dia cuma hafal surah2 lazim sahaja tanpa tahu macam mana nak baca quran.

Dia mohon maaf dari aku. Aku terkejut macam mana aku boleh tak perasan semua ni. Mugkin sebab sepanjang 3 minggu ni aku yang mengimamkan dia dan dia mengaji surah-surah yang dihafalnya. Zahirnya, dia nampak seperti muslimah sejati. Tudung labuh, berstokin, baju longgar, malah muka dia berseri walaupun kulit tak cerah mana.

Aku tak tahu sekarang macam mana. Dia aku kahwini sebab aku fikir dia cukup didikan agama. Katanya, perkara ini mak ayahnya pun tak tahu. Ego aku tercabar, aku kecewa bila tahu perkara ini. Malam tu aku tidur luar. Tak tidur pun sebenarnya, aku berfikir sepanjang malam.

Esok paginya, kami solat subuh seperti biasa. Tapi tangan yang dia hulurkan untuk menyalami aku, aku biarkan tak bersambut. Aku terus bangun bersiap nak ke pejabat. Aku dapat lihat dia mengesat air mata, tapi aku biarkan. Hati masih sakit, masih kecewa. Terasa macam kena tipu, walaupun dia tak pernah cakap pun yang dia lancar mengaji, pandai sembahyang sebelum ini.

Beberapa minggu berlalu, aku memang diam saja tak bercakap dengan dia. Hari ini aku nekad, aku ingat aku dah fikir masak-masak. Aku panggil nama dia. Terkejut dia mendengar mungkin sebab dah lama kami tak bercakap. Muka dia seperti redha dengan apa saja yang bakal aku cakapkan. Aku luahkan kekecewaan aku padanya. Aku nak berpisah. Dia kata pada aku, berikanlah dia peluang. Dia sedang belajar sembahyang, belajar mengaji.

Aku taknak dengar lagi penjelasan dia. Aku lafazkan talak malam itu jugak. Sepanjang tempoh eiddah, dia jaga makan minum aku seperti biasa. Waktu tempoh itu hampir tamat, dia datang pada aku dan bertanya..adakah aku masih tidak sudi menjaga dan mendidik dia. Aku tak boleh terima yang dia, selama 25 tahun hidup, tidak pernah sembahyang atau mengaji, umur 25 baru nak belajar.

Aku cuba hubungi dia selepas setahun kami bercerai. Setahun aku ambil masa untuk sedar bodoh nya aku meninggalkan dia, wanita yang sedang mencari semula agamanya. Waktu itu jugalah aku cuba hubungi dia tapi tak berjaya. Dia dah berhenti kerja tempat lama, dah pindah dari rumah sewanya. Tak cukup kekuatan aku untuk pergi ke rumah bekas mentua, sebab aku tahu macam mana aku layan anak perempuan mereka selepas gadis itu mereka amanahkan pada aku. tak apalah, mungkin memang jodoh kami sampai hari tu je.

Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang-bayang dia. Tapi tangan aku gatal search nama dia di Facebook. Tak berharap pun masa tu tapi secara tiba-tiba memang ada di search result. Aku stalk janda aku. Aku dah gila talak ke..

Bersambung….
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/