LEPAS 3 TAHUN CERAIKAN ISTERI, LELAKI INI STALK FACEBOOK BEKAS ISTERINYA DAN TEMUI SESUATU…

Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang-bayang dia. Tapi tangan aku gatal search nama dia di FB. Tak berharap pun masa tu tapi, tiba-tiba memang ada di search result. Aku stalk janda aku secara tiba-tiba…

Aku merupakan seorang lelaki yang sangat cliche, sangat typical. Lulusan universiti awam, bekerja sebagai seorang jurutera tempatan. Tiba umur aku 27 tahun aku tengok kiri kanan semua orang dah kahwin. Tapi aku ni kawan perempuan pun tak ada. Hati dah rasa macam nak kawin jugak, nak ada keluarga..mungkin sebab penat dedikasikan masa semata-mata untuk kerja. Jadi aku minta kawan-kawan aku kenalkan aku dengan seorang perempuan yang sesuai la aku nak jadikan isteri.

Pendekkan cerita, aku dipertemukan dengan seorang gadis. Simple, tutup aurat, lemah lembut, cukup sifat bagi aku. dua tahun kami kenal, aku yakin memang dia lah jodoh aku. Sebab apa? Personaliti dia. Nature kerja aku ni memerlukan aku sentiasa on call,sentiasa sibuk. Tapi selama kami berkawan, dia tak pernah merungut walaupun keluar pun sebulan sekali je.

Lepas tu, dia sangat independant, takde nak bergantung pada aku sangat. Seorang yang sangat bijak bagi aku, matang dan memang sempurna dan dari keluarga yang baik2. Aku luahkan niat aku untuk kahwini dia dan dia setuju.

6 bulan kemudian kami menikah. 2-3 minggu berkahwin, aku rasa ada yang tak kena. Tapi aku abaikan saja biasalah baru lagi maybe belum biasa. Satu hari, aku tengok laptop dia. Ada satu emel menarik perhatian aku. Dia berbalas e-mail dengan Al-Baghdadi, satu tempat belajar Al-Quran.

Bertanya kan yuran pendaftaran bagi orang dewasa. Aku belek2 tengok pendaftaran tu nama dia.
Tengah aku tengok tu, dia keluar dari bilik air & pandang aku. Aku tanya dia, awak nak belajar Quran ke? Dia terdiam tak jawab apa-apa, berjalan masuk dan duduk atas katil kami. Air mata dia mengalir laju, badan terhenjut-henjut menahan sedu tangis. Aku panik, dah kenapa isteri aku ni. Aku duduk sebelah, tanya dia kenapa. Dia buat pengakuan yang dia tak pandai mengaji dan sembahyang. Dia cuma hafal surah2 lazim sahaja tanpa tahu macam mana nak baca quran.

Dia mohon maaf dari aku. Aku terkejut macam mana aku boleh tak perasan semua ni. Mugkin sebab sepanjang 3 minggu ni aku yang mengimamkan dia dan dia mengaji surah-surah yang dihafalnya. Zahirnya, dia nampak seperti muslimah sejati. Tudung labuh, berstokin, baju longgar, malah muka dia berseri walaupun kulit tak cerah mana.

Aku tak tahu sekarang macam mana. Dia aku kahwini sebab aku fikir dia cukup didikan agama. Katanya, perkara ini mak ayahnya pun tak tahu. Ego aku tercabar, aku kecewa bila tahu perkara ini. Malam tu aku tidur luar. Tak tidur pun sebenarnya, aku berfikir sepanjang malam.

Esok paginya, kami solat subuh seperti biasa. Tapi tangan yang dia hulurkan untuk menyalami aku, aku biarkan tak bersambut. Aku terus bangun bersiap nak ke pejabat. Aku dapat lihat dia mengesat air mata, tapi aku biarkan. Hati masih sakit, masih kecewa. Terasa macam kena tipu, walaupun dia tak pernah cakap pun yang dia lancar mengaji, pandai sembahyang sebelum ini.

Beberapa minggu berlalu, aku memang diam saja tak bercakap dengan dia. Hari ini aku nekad, aku ingat aku dah fikir masak-masak. Aku panggil nama dia. Terkejut dia mendengar mungkin sebab dah lama kami tak bercakap. Muka dia seperti redha dengan apa saja yang bakal aku cakapkan. Aku luahkan kekecewaan aku padanya. Aku nak berpisah. Dia kata pada aku, berikanlah dia peluang. Dia sedang belajar sembahyang, belajar mengaji.

Aku taknak dengar lagi penjelasan dia. Aku lafazkan talak malam itu jugak. Sepanjang tempoh eiddah, dia jaga makan minum aku seperti biasa. Waktu tempoh itu hampir tamat, dia datang pada aku dan bertanya..adakah aku masih tidak sudi menjaga dan mendidik dia. Aku tak boleh terima yang dia, selama 25 tahun hidup, tidak pernah sembahyang atau mengaji, umur 25 baru nak belajar.

Aku cuba hubungi dia selepas setahun kami bercerai. Setahun aku ambil masa untuk sedar bodoh nya aku meninggalkan dia, wanita yang sedang mencari semula agamanya. Waktu itu jugalah aku cuba hubungi dia tapi tak berjaya. Dia dah berhenti kerja tempat lama, dah pindah dari rumah sewanya. Tak cukup kekuatan aku untuk pergi ke rumah bekas mentua, sebab aku tahu macam mana aku layan anak perempuan mereka selepas gadis itu mereka amanahkan pada aku. tak apalah, mungkin memang jodoh kami sampai hari tu je.

Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang-bayang dia. Tapi tangan aku gatal search nama dia di Facebook. Tak berharap pun masa tu tapi secara tiba-tiba memang ada di search result. Aku stalk janda aku. Aku dah gila talak ke..

Bersambung….
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/

Punye la gembira aku bila ada sorang ustaz ni berkenan dan nak ajak kahwin dengan aku. Tapi masalahnya kakak sulung aku ni tak suka. Dia suruh aku cari lelaki lain. Aku geram dan bengang. 8 bulan kemudian, akak aku koma dan meninggal dunia. Tunang aku si ustaz tu acuh tak acuh je layan sms aku. Aku mula selidik dan alangkah terkejutnya aku bila tau yang ustaz tu sebenarnya adalah…..

Alhamdulillah..doa aku untuk kenal dengan lelaki baik utk dijadikan teman hidup telah termakbul..masa tu dunia aku rasa bagaikan syurga..sebuah proses perkenalan yang singkat..membawa kami kepada perbincangan untuk menikah..kebetulan masa tu aku semester akhir diploma..mak abah setuju..siapa tak nak menantukan seorang ustaz..betul tak?

baik..ceritanya begini..masa hangat isu nak kahwin tu, kakak aku call..beza umur kakak dengan aku 10 tahun..dia cakap hentikan semua..aku masih muda..kenapa perlu kahwin katanya..lg satu kakak aku cakap sekalipun nak kahwin, kahwinlah dengan lelaki lain..aku geram, aku sedih..aku jd bengang dengan kakak aku..kau dah kenapa nak sekat kebahagiaan aku? aku dendam dengan kakak aku..tapi takpe..dunia aku masih indah bersama dia..semua rancangan kami dah atur..
sebaik saja tamat diploma, aku balik kampung..jalani hidup macam biasa..cuma aku dengan dia dah jarang berhubung..tak sama macam aku study dulu..siang malam ada khabar berita, ada saja cerita nak dikongsi bersama..kali ni semua berubah..hari ni aku SMS dia panjang berjela, esok lusa baru dia nak balas..itupun sepatah saja..aku syak ni semua kerja kakak aku..bertambah la dendam aku dekat kakak..huh..
nak dijadikan cerita, 8 bulan selepas tamat diploma, kakak aku koma seminggu..then kakak aku kembali menghadap ilahi atas sebab ‘kematian otak’..seriously benda ni berlaku secara mengejut..seminggu kakak aku koma, seminggu tu lah aku duk update dekat ustaz tu..dia balas nak tak nak..ada kadang-kadang langsung tak balas..takpe..
kakak aku selamat dikebumikan siang tu..kuasa Allah..malam tu jugak aku dapat tahu ustaz tu sebenarnya bercinta dengan orang lain..semua terungkai lepas kakak aku tak ada..tahu tak apa aku rasa masa tu? aku rasa nak panggil kakak, nak peluk minta ampun & maaf..aku marah dia, aku dendam dengan dia gara-gara seorang lelaki..sampai akhir hayat kakak aku..aku tak tahu kakak aku maafkan aku ke tidak..
aku jadi penyiasat sekejap lepas semua terbongkar..aku cuba cari perempuan tu..aku tanya semua..sampai aku dah dapat semua jawapan, aku blah..dan dia memang macam tak ada perasaan terkejut atau rasa bersalah..ye betul ni soal jodoh..tak ada jodoh aku dengan dia..kahwinlah korang..silakan..
kakak aku yang kedua ada cakap..kakak aku yang meninggal tu ada firasat..let say dia rasa benda tu tak elok, memang tak elok la..kalau dia rasa akan ada benda tak baik berlaku, emmm tak lama lepas tu memang berlaku betul-betul..cuma aku yang tak sedar kenapa dia beria sangat tak bagi aku kahwin dengan ustaz tu..sanggup dia call aku hampir setiap hari..pujuk aku suruh putuskan hubungan tu & cari lelaki lain..
dan sekarang aku tahu ustaz tu tengah rancak persiapkan majlis perkahwinan dia..sementera aku sibuk sambung degree..even dah 2 tahun berlalu kisah aku dan dia, kakak pun dah tak ada..semuanya aku simpan dalam ingatan ni..buat semua gadis yang membaca andai post ini disiarkan, jagalah hati kamu..dan jangan sesekali membentak andai ada ahli keluarga yang menasihati..
hilang kekasih bisa dicari ganti..tetapi andai hilang keluarga..?? renung-renungkan..untuk kakak, maafkanlah adikmu ini..sesungguhnya aku jahil dalam mengenal erti cinta..moga syurga buatmu kakak..untuk ustaz dengan pasangan, selamat menjalani alam bahtera rumah tangga..moga mendapat keberkatan & kebahagiaan. -Nur Iman via OHBULAN.

Sumber : Tasikbiruselatan

“SEKELIP MATA ABANG PERGI TINGGALKAN SAYANG DAN ZURIAT KITA….”

Kita hanya sempat merasa kebahagiaan sebagai suami isteri sebulan sahaja. Genap abang sebulan esok 28 Mei 2016. Tetapi Allah sudah berikan bukti cinta kita awal. Masa mula-mula sayang disahkan hamil, ramai yang kata kita terlanjur sebelum nikah. Sebab itu kita nikah simple-simple sahaja. Tetapi abang minta sayang bersabar. Sabar menghadap mulut orang.

“Suami diorang tak sejantan abang. Lagi 15 tahun, takut sayang dah putus haid, sebab itu Allah bagi awal,” kata abang bergurau.

Tetapi sebenarnya kita bernikah awal sebab abang tak mahu sayang terlepas di tangan orang lain. Kalau tidak, terpaksalah menunggu bulan 8. Lama lagi.

Abang, selama sebulan kita menjadi suami isteri, hanya5 kali sahaja kita bersua sebab tuntutan kerja abang. Kita mungkin tidak seperti pasangan lain yang hari-hari boleh berjumpa, isteri boleh tidur di atas lengan suami. Tetapi sayang tidak, hari ketiga selepas majlis nikah, abang sudah kena pergi belayar.

“Abang balik nanti, sayang jangan risau,” kata abang sambil mengesat air mata saya.

Allah abang, isteri mana yang tidak risau. Memang abang balik, abang balik sebab arwah mak meninggal. Masa abang balik, abang tak lepas tangan sayang.

“Orang lain pun pengantin baru juga,” kata sayang.

“Jah, aku pegang tangan kau, 3 tahun aku menunggu,”

Allah, betapa sayang rasa abang terlalu menghargai sayang.

Selama kita berjauhan ini, hari-hari abang buat video call. Hari-hari abang hadiahkan senyuman, nyanyikan lagu, bacakan doa tidur walaupun kita berjauhan. Hari-hari abang minta sayang mengaji dengan buat video call depan abang. Hari-hari abang akan tanya sayang, apa kebaikan yang dibuat hari ini. Hari-hari abang kata abang ampunkan sayang walaupun tak ada salah.

Abang memang suami yang baik, yang sayangkan sayang sepenuh hati. Sayang tak pernah lupa kejutan-kejutan yang abang buat untuk sayang. Paling sayang hargai bila abang sanggup contact kawan-kawan sayang senyap-senyap dan abang sponsor percutian kami. Abang tahu tak, kawan-kawan semua cakap, “Nak cari suami macam abang.”. Bangga sangat sayang rasa dengan abang.

Abang bukan saja suami yang baik tetapi juga insan yang mulia. Orang sewa rumah abang setahun tak bayar pun abang cakap tak apa. Abang juga sangat suka bersedekah. Saya tahu dari mulut orang setiap 30% gaji abang, abang akan berikan kepada sesiapa yang memerlukan. Ya Allah, mulianya hati abang, tuhan saja yang tahu. Abang buat kebaikan apa-apa, tak pernah abang canangkan. Abang simpan sendiri. Abang, bertuahnya sayang mempunyai abang.

Abang ingat lagi tak masa kita baru merasa bunga-bunga cinta dulu? Abang bawa sayang pergi makan tepi tasik Pekan tu? Abang cakap dengan waiter tu, “Bagi abang teh o, tak payah letak gula okay,”.

Budak waiter itu pun pelik. Abang cakap, “Ni depan abang ni dah manis dah. Kalau letak gula, takut lagi manis,”. Masa itu perkataan cia cia cia tak wujud lagi. Saya cuma gelak saja. Tetapi bila budak itu tak letak gula, abang cakap tawar pula tetapi sebab nak menjaga kemachoan abang, abang telan juga teh o tawar itu. Hahaha! Sayang cuma mampu cakap, “Tolollah mu ni,”.

3 tahun mengenali abang buat sayang rasa berat untuk melepaskan abang. Terlalu banyak kenangan manis kita. Kalau nak cerita, banyak sangat. Tetapi sayang pun tak lupa kenangan pahit kita. Tapi tak perlu dikenanglah yang pahit itu sebab dari yang pahit itulah abang banyak belajar untuk menjadi seorang yang benar-benar setia.

Abang sempat cakap kalau lelaki, letak nama Mohd Firdaus. Kalau perempuan, letak nama Noor Aisha. Jangan letak nama merepek sebab abang nak anak-anak abang jadi anak yang patuh pada agmaa juga. Tetapi sayang kata, “Awal lagilah abang,”.

“Cuma pesan saja,” kata abang.

Sekarang sayang dah faham kenapa abang pesan terlalu awal….

Abang, ingat lagi tak masa di Bangkok, saya tengok YouTube. Iyalah abang tahu sayang suka dengar lagu dikir tetapi abang ambil baik-baik telefon sayang.

“Kita jumpa sekali sekala, abang depan mata ni. Nanti kalau abang jauh, tak boleh bercakap apa lagi dah,” kata abang.

Kawan-kawan abang beritahu abang, sehari sebelum abang pengsan, abang asyik menyanyikan lagi Salam Terakhir. Diorang tak fikir apa-apa sebab semua orang tahu abang suka bernyanyi walaupun suara abang macam katak. Kenapa sayang tak sedar terlalu banyak hint yang abang bagi?

Masa abang koma, sayang bisikkan pada abang selalu. Bangun dan kuatkan semangat walaupun doktor kata peluang abang tipis. Tetapi abang buka mata, senyum dan air mata abang mengalir. Terakhir kali abang panggil Lijah, “Sayang…”

Sayang tak tahu kenapa abang menangis tetapi bila sayang bisikkan pada telinga abang, “Sayang redha pemergian abang,” nadi abang terus berhenti. Abang, rupa-rupanya sehari dua ini sayang yang sesksa abang sebab tak mahu lepaskan abang. Maafkan sayang.

Baru hari ini sayang perasan abang pernah post pada 6 Mei 2016, status abang mengharapkan abang sempat azankan anak kita. Ya Allah abang, kenapa sayang tak pernah ambil peduli semua itu? Hari ini sayang baca diari abang. Tak pernah sehari pun abang lupa catit nama Lieza. Semua nota-nota Lieza abang simpan dalam kotak pink abang. Allah abang, suami sepertimu ini hanya 1 dalam sejuta barangkali.

Sayang akan ingat pesanan abang. Di media sosial jangan update status bukan-bukan, jangan upload gambar selfie. Di luar rumah, jangan make up melampau, jaga pandangan, batas pergaulan, jaga air muka abang. Sayang janji abang, janji.

Abang tak suka main PS5, main Dota apatah lagi tetapi sebab nak puaskan hati sayang, abang sanggup bealjar dengan sayang. Kenapa abang terlalu sempurna? Ya Allah, sedangkan sayang tak pernah nak ambil kisah tentang hobi abang pun, apa hobi abang pun sayang tak tahu.

Lepas ini kalau sayang sakit, darah tinggi sayang naik. Sayang terjaga tengah malam. Sayang nak cari siapa, abang? Abang tahu kan sayang ini sebatang kara? Tapi tak apalah abang, sayang lepaskan abang pergi dengan tenang. Tahulah sayang macam mana nak hidup atas dunia ini tanpa abang. Jangan risaukan sayang okay? Abang ingat lagi kenapa abang pilih sayang sebagai isteri abang? Sebab abang yakin sayang kuat dan tabah. Jadi sayang akan membuktikan yang abang tidak tersalah memilih bidadari abang.

Abang, bumi ini mendung, menangisi pemergian abang mungkin. Kita balik Malaysia kejap lagi abang yea. Sayang tunaikan hajat abang dulu. Dulu abang pernah bergurau dengan sayang yang abang nak book tanah kosong sebelah arwah mak.

Al fatihah buat abang. Selamat menempuh perjalanan abang yang jauh. Tenanglah abang di sana. Selepas ini hanya kain pelikat abang sahaja yang menjadi peneman hari-hari sayang. – Nor Lieza

 

Bayi Ini Tak Sempat Bertemu Bapanya, Apa Yg Dilakukan Ibunya Sangat Menyentuh Hati !!!

Hector Daniel Ferrer Alvarez dan Kathryn Williams sedang menantikan kelahiran anak pertama mereka apabila tiba-tiba Hector dibunuh oleh salah seorang kenalannya. Sebulan selepas insiden tersebut, Aubrey dilahirkan.

Ianya sangat sukar bagi Kathryn untuk menyambut kedatangan bayi pertamanya itu seorang diri, tetapi dia telah menemui cara untuk memastikan Aubrey merasakan kehadiran bapanya.

Hector adalah seorang penunggang motosikal tegar dan berhasrat untuk menurunkan semua ilmu tentang aktiviti itu yang diketahuinya kepada anaknya. Dia ternanti-nantikan saat dia boleh menunggang motosikal bersama Kathryn dan anaknya yang bakal dilahirkan.

Tetapi hasrat dan impian Hector tidak kesampaian apabila dia mati ditembak pada umur 25 tahun. Kathryn tidak mahu kenangan bersama Hector terus lenyap begitu sahaja dan ingin memastikan Aubrey membesar dengan ‘sentuhan’ bapanya.

Oleh sebab itu, Kathryn menggunakan sarung tangan dan helmet milik Hector agar Aubrey dapat merasakan kehadiran ayahnya. ‘Dia mula tersenyum sebaik sahaja saya meletakkan sarung tangan ayahnya berhampiran dengannya. Saya tidak sempat menetapkan cahaya lampu dan sebagainya,’ jelas jurugambar Kim Stone kepada akhbar The Huffington Post UK.

Menurut jurugambar itu lagi, ibu kepada bayi ini menitiskan air mata apabila dia melihat anaknya di dalam ‘pelukan’ ayahnya.

‘Saya akan mencetak gambar ini dan tunjukkan kepadanya bahawa seisi dunia menangis dan berdoa untuknya, dan untuk ibu dan ayahnya,’ tulis Kathryn kepada Kim.

Menurut akhbar The Huffington Post UK, sejak Kim memuat naik gambar menyentuh hati tersebut di Facebook, ianya telah tersebar dan dikongsikan sebanyak 65000 kali dalam masa 3 hari.


Sumber : kitaviral.com

GADIS CANTIK MINTA PUTUS KERANA PAKWENYA MISKIN TIADA KERETA HANYA MOTO KAPCAI NAMUN SAAT MAKAN MALAM TERAKHIR MEREKA LELAKI INI BUAT SESUATU YANG MENYEBAB GADIS TU MENYESAL TAK SUDAH

Materialistis dan realistis kadangkala memang seringkali menjadi salah satu syarat mencari pasangan.

Kisah cinta di bawah ini mungkin akan mengingatkan kita akan cinta yang sebenarnya itu tidak diukur dari kekayaan materi yang kita miliki

Seorang netizen menceritakan kisahnya di sebuah forum internet.Ia mengatakan pacarnya dulu adalah seorang wanita yang polos dan menyenangkan.

Keduanya berbahagia walau hanya melakukan hal-hal yang sederhana.

Namun setengah tahun terakhir ini pacarnya menjadi terlalu perduli akan materi, bahkan menolak untuk dibawa makan di warung dan akhirnya minta putus.

Pria ini pun menyetujui namun ia mengajak pacarnya untuk kencan terakhir kalinya sebelum mereka putus dan berjanji kali ini akan mengajaknya makan enak

Sebenarnya, pria ini memiliki latar belakang yang sangat baik. Keluarganya kaya raya, namun dia tidak pernah membiarkan teman – teman dan pacarnya mengetahui hal ini.

Sehingga semua orang beranggapan ia datang dari keluarga sederhana dan bekerja untuk menghidupi dirinya sendiri.

Orang tua pria ini juga setuju akan pandangan putranya yang ingin hidup mandiri dan bekerja seperti selayaknya pemuda seusianya.

Jadi, walaupun ia seharusnya sama sekali tidak perlu bekerja keras untuk hidup mewah, namun ia tetap menyukai hidup sebagai pegawai kecil yang penuh pencapaian.

Suatu kali, ia mengenal pacarnya ini, waktu itu pacarnya sangatlah polos dan lugu, mereka pun saling jatuh cinta.

Masa-masa awal pacaran mereka sangatlah bahagia, mereka senang melakukan hal-hal sederhana yang tidak perlu uang banyak dan ini pun menyenangkan bagi keduanya.

Mereka terbiasa untuk makan di pinggiran jalan karena merasa murah dan enak. Walau kadang mereka pergi menonton bioskop, namun mereka tidak hidup mewah atau berfoya-foya, pria ini pun tidak pernah membiarkan pacarnya tahu keadaan keluarganya, karena ia merasa hidupnya sekarang sudah bahagia.

Kira-kira setengah tahun yang lalu, pacarnya mulai berubah dan terus mengeluh mengapa teman-temannya selalu mendapatkan hadiah benda-benda bermerek dari pacar mereka dan makan di restoran mewah, sedangkan mereka hidup dengan sangat sederhana.

Karena berbeda pandangan inilah mereka akhirnya sering bertengkar dan pacarnya akhirnya mengajukan untuk mengakhiri hubungan.

Namun pria ini tahu, penyebab dari putusnya hubungan ini adalah pacarnya yang merasa dirinya tidak mampu memberikan hidup yang dia inginkan.

Walaupun merasa sakit hati dan kehilangan pacar yang polos dan baik hati dulu, namun ia pun ingin mengajarkan pada pacarnya ini bahwa kekayaan bukanlah segalanya.

Apa yang pacarnya lakukan ini hanyalah membuktikan bahwa pacarnya tidak mencintai dirinya, melainkan materi yang dia miliki saja.

Akhirnya pria ini berjanji untuk memberikan makan malam terakhir yang mewah sebelum mereka putus dan wanita ini pun menyetujuinya.

Malam itu, pria ini membawa mobil BMW milik keluarganya dan mengenakan jas yang sangat rapi untuk menjemput pacarnya.

Pacarnya sangat kaget melihat semua hal ini, namun pria ini hanya merasa sakit hati, ternyata segala hal kecil yang ia korbankan untuk pacarnya tidak sebanding dengan semua “kekayaan” ini.

Ia pun membawa pacarnya pulang ke rumah dan mengenalkannya pada orangtuanya. Kemudian pria ini berkata pada papa mamanya, “Pa, ma, ini adalah teman baik saya.” Senyuman di wajah pacarnya pun perlahan menghilang.

Selanjutnya mereka pun pergi makan ke restoran mewah. Kemudian ketika pria ini mengantar pacarnya pulang, pacarnya berkata, “Maaf, aku gak tahu”. Namun pria ini hanya menjawab dengan dingin, “Gakpapa, aku ga bisa kasih kehidupan yang kamu mau.”

Terakhir pria ini berkata kepada pacarnya, “Untung aku nggak pernah kasih tahu kamu soal keluarga aku yah..” kemudian ia menyetir pulang.

Walaupun kita tidak bisa hidup tanpa uang, namun uang itu memang bukan segalanya sobat cerminan! Jangan sampai kita kehilangan seseorang yang kita sayangi hanya karena uang ya! Jangan Lupa Sebarkan Yaaaa …
Sumber: takbacarugi
Sumber : apeciter.com

Blog Post Title

What goes into a blog post? Helpful, industry-specific content that: 1) gives readers a useful takeaway, and 2) shows you’re an industry expert.

Use your company’s blog posts to opine on current industry topics, humanize your company, and show how your products and services can help people.