Facebook kena godam sebab tertinggal handphone lepas mencuri

Loading...

SEORANG lelaki bertindak menggodam Facebook dipercayai milik pencuri, selepas terjumpa sebuah telefon pintar jenis iPhone 4 ditinggalkan di kenderaan miliknya.

Sebuah status yang diupdate oleh mangsa, muncul di akaun facebook bernama Mohd Riduwan Iwan menjadi viral di laman sosial, menerima lebih 2,500 like semasa artikel ini ditulis.

“Hi kawan-kawan dan sesiapa yang mengenali saya. Tak lama lagi saya nak meringkuk dalam penjara. Biasalah hidup sebagai seorang penyamun kadang makan besar kadang-kadang makan tak habis,” tulis status itu yang sebenarnya dikirim oleh mangsa.

fb pencuri kena godam

Juan Sanchez yang mendakwa menjadi mangsa keretanya dipecah oleh pencuri tersebut pula turut memuat naik gambar telefon pintar didakwa milik pencuri itu di akaun Facebook miliknya.

“Semalam balik memancing kereta kena pecah dekat rumah. Penyamun bodoh ni boleh tertinggal handphone dalam kereta. Sorry bro, gua (aku) buka Facebook lu (kau) tanpa kebenaran, bukan apa saja nak gurau, alah lu bergurau rembat barang wa dalam kereta wa boleh pulak hahaha…”

hp pencuri

Menceritakan lebih lanjut tentang peristiwa itu, Juan mendakwa bapa mertuanya telah terjumpa sebuah telefon pintar jenis iPhone 4 di sebelah kereta pacuan empat roda miliknya.

Bapa mertuanya itu bertanya kepada Juan jika ada pekerjanya yang tercicir handphone. Juan yang pada ketika itu belum tiba di rumah mengesahkan bahawa pekerjanya tiada yang memiliki iPhone.

“Aku tanya dia orang, barang-barang dalam kereta aku ada tak? Malangnya memang tak ada, so aku dah boleh agak ni mesti kerja penyamun. Memandangkan taman aku ni setiap bulan ada saja kes kecurian berlaku.”

“Aku suruhlah dia orang on (hidupkan) handphone tu. Malang lagi sekali handphone tu bateri kong. So aku singgah dekat Pasar Borong Pandan beli cable iPhone 4 time on da way balik rumah,” Kata Juan.

Selepas tiba di rumah dan handphone itu dicas, secara kebetulan tekaan Juan untuk membuka password handphone tersebut dengan menekan nombor 0000 berjaya selepas beberapa cubaan dengan nombor 1234 dan 1111 tidak berhasil.

Sumber — Facebook

via : http://www.milosuam.net/2017/11/facebook-kena-godam-sebab-tertinggal.html#ixzz4yKBSHTBt

Loading...