Kawan masa senang , senang nak cari.. yang masa susah , memang susah nk jumpa..

Kawan masa senang , senang nak cari.. yang masa susah , memang susah nk jumpa.. ramai suka menerima , x ramai suka memberi.. aku saje je test td nk tgk sape yg sudi tlg , nk bg dia hadiah. x sangka pulak sahabat lama tu satu2nya manusia yg chat aku… terharu pulak.. sob sob sob😭😭

ok bai

FB Reza Shahrill Mahadi

Kawan masa senang mudah dicari..kawan masa susah tu yang rare….

‘Kepada pembunuh Dan (kucing), aku doakan kau mereput di neraka’

SINGAPURA – Tergamak individu yang tidak berperikemanusiaan membunuh seekor kucing jirannya sebelum bangkainya ditinggalkan di tangga.

Pemilik kucing berkenaan, Harleen, berkata kejadian itu berlaku di rumahnya di Bukit Batok West Ave 7, Singapura hari ini.

“Kucing saya, Dan, 10 bulan, dibunuh. Kami percaya Dan telah keluar dari rumah secara senyap-senyap dan kepalanya dipukul oleh jiran sebelum dibuang ke bawah tangga,” tweetnya lima jam yang lalu.

Menurut Harleen, selepas kucingnya dibunuh, bangkainya dibuang di tangga. Ketika ditemui, terdapat kesan pendarahan teruk di bahagian kepalanya.

“Dan (kucing) baru berusia 10 bulan. Saya bersumpah, mana-mana individu yang tergamak membunuh Dan, saya doakan dia mereput di neraka!

“Entah kenapa Dan keluar. Kami benar-benar terkejut sebab selama ini Dan tidak pernah berani keluar dari rumah. Paling jauh pun Dan berada di rak kasut sahaja.

“Dan hanya tinggal di rumah dan tidak pernah berjumpa dengan mana-mana kucing terbiar mahupun menganggu ketenteraman jiran yang lain,” katanya.

Difahamkan Harleen telah membuat laporan polis dan juga mendapati terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi bangkai kucingnya ditinggalkan.

“Saya tak faham, kenapa ada manusia yang tergamak melakukan perbuatan kejam seperti ini terhadap haiwan. Sedangkan Dan tidak pernah bertindak agresif. Apatah lagi nak mencakar atau menggigit orang lain,” katanya.

Sejam yang lalu, Harleen memaklumkan pihak polis sedang memeriksa rakaman CCTV dan bangkai Dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya. – The Reporter

Sumber : GengViral

Wanita Buang Sengkenit Dengan Minyak Pudina Dapat 27 Juta View. Tetapi Pakar Cakap Ianya BAHAYA Kerana….

Sebuah video di facebook yang menunjukkan seorang wanita dengan mudah mengeluarkan sengkenit dari badannya dengan hanya menggunakan setitik minyak pudina telah mendapat lebih daripada 27 juta views. Tidak hairanlah ia menjadi viral kerana mengetahui cara membuang sengkenit dengan cepat dapat mengurangkan masanya menghisap darah, mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit berjangkit, seperti penyakit Lyme.

Klip itu menunjukkan sengkenit bertindak balas terhadap minyak dalam masa 20 saat dan mula melepaskan gigitan dan melata atas lengan wanita itu. Dengan kaedah itu juga sengkenit itu juga dapa dibuang keseluruhannya tanpa meninggalkan mana-mana bahagian mulutnya, yang dapat menyebabkan orang yang digigit berisiko dijangkiti penyakit walaupun selepas seluruh badannya dikeluarkan.

Namun, di sebalik kejayaan itu, seorang pakar sengkenit telah memberi amaran bahawa kaedah pembuangan ini boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan. Dr Neeta Connally, penolong profesor Biologi di Western Connecticut State University, berkata melemaskan sengkenit dengan bahan-bahan seperti minyak pudina boleh memburukkan mereka, menyebabkan penyebaran penyakit.

Dia berkata: “Kami tidak mahu membuat sengkenit itu marah kerana ia membawa pelbagai jenis penyakit.
‘Sebenarnya mereka merembes air liur ke dalam badan apabila sengkenit menggigit dan dengan itu kita tidak mahu kemarahan sengkenit itu membuat ia mengeluarkan lebih banyak air liur dan dengan itu ianya lebih cenderung untuk membawa kuman ke dalam badan anda yang boleh membuat anda sakit. ‘

Kaedah pembuangan sengkenit yang betul adalah sangat penting kerana kaedah yang salah akan menyebabkan bahagian mulut sengkenit tertinggal didalam kulit. Ini boleh menyebabkan jangkitan setempat, yang dalam kes-kes yang teruk boleh membawa kepada abses dan juga septisemia.

Anda juga perlu berhati-hati untuk tidak memicit badan sengkenit, kerana ini boleh menyebabkan kandungan air liur dan usus  masuk semula ke dalam aliran darah orang yang digigit.

Sumber:- DailyMail

Teman Lelaki Nekad SAMAN Teman Wanita Sendiri. Punca SEBENARNYA Kes Ini Sampai Ke Mahkamah Ini Amat MENGEJUTKAN !!

TIDAK puas hati kerana teman wanita menggunakan telefon ketika menonton wayang, seorang lelaki memfailkan saman menuntut ganti rugi harga tiket wayang dan makanan berjumlah AS$17 (RM73) ketika mereka keluar bersama menonton Guardians of the Galaxy Vol 2 di Austin, Texas, minggu lalu.

Sekadar gambar hiasan Brandon Vezmar, 37, dari Austin, Texas, berkata dia bertindak demikian kerana temu janji itu amat membosankan. “Tidak sampai 15 minit tayangan bermula, dia menghidupkan telefon dan mula menghantar pesanan teks,” katanya. Menurut Dalily Mail, dalam petisyen tuntutannya, Vezmar menyatakan wanita itu mengaktifkan telefonnya antara 10 hingga 20 kali dalam masa 15 minit untuk membaca dan menghantar pesanan dan tidak mengendahkan permintaannya supaya berhenti.

“Perbuatan itu melanggar polisi panggung wayang dan merosakkan keseronokan menonton.” Dia kemudian menyuruh wanita itu menggunakan telefonnya di luar jika mahu terus menghantar pesanan. Wanita itu yang keluar, terus meninggalkan pawagam, menyebabkan Vezmar tiada kenderaan untuk pulang. Sementara itu, wanita berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia hanya tahu mengenai saman itu apabila dihubungi media dan menganggap ia tidak masuk akal.

“Saya berbual dengan rakan yang bergaduh dengan teman lelakinya. Saya pegang telefon di bawah dan tidak berbunyi, saya tidak mengganggu sesiapa. “Selepas itu dia meminta saya membayar kembali harga tiket dan piza. Saya enggan, dia yang ajak saya keluar,” katanya.

Sumber:Mybuletin

 

WOW! PASANGAN MAT SALEH INI ADA 19 ANAK DAN SEDANG TUNGGU KELAHIRAN ANAK KE 20

 

London: Pasangan suami isteri, Noel dan Sue Radford, kini menanti kelahiran anak mereka yang ke-20 dan mengambil keputusan, anak yang akan dilahirkan September depan itu adalah yang terakhir.

Sue, 42 berkata, keputusan diambil kerana usianya yang semakin meningkat.

“Saya dapat merasakan keletihan ketika melahirkan dua anak terakhir sebelum ini. Selepas berbincang dengan Noel, kami mengambil keputusan untuk berhenti setakat 20,” katanya.

Selain itu, Sue yang melahirkan anak pertamanya ketika berusia 14 tahun 28 tahun lalu berkata, dia dan suaminya juga sudah buntu untuk memikirkan nama bagi anak mereka.

Sepanjang kehidupan mereka, pasangan itu yang menetap di Kendal, Cumbria membesarkan sendiri semua anak mereka.

Noel berkata, dia tidak pernah terlintas untuk menyerahkan anaknya kepada orang lain kerana tidak mahu anaknya menjalani kehidupan yang sama yang dia dan Sue lalui – dibesarkan oleh keluarga angkat.

Sue berkata, jarak anak sulung dan anak keduanya ialah empat tahun, tetapi dia menghabiskan hampir 30 tahun lalu dengan mengandung atau menyusukan anak.

Untuk anak ke-20nya, Sue berkata, dia dapat mengagak ia lelaki kerana sejak mula mengandung, dia gemar memakan coklat.

“Itu tabiat saya jika saya hamil anak lelaki. Jika anak perempuan, saya suka makan benda masin atau pedas,” katanya. – Agensi

Via virahhebat.com

PASARAYA GIANT BERJAYA MENGHASILKAN REKOD DUNIA HARGA PETAI TERMAHAL!

 

Dari perkongsian di laman Facebook Anyss Mohd Auranyss

first time shopping kt Giant brg xsampai satu troli..nilai RM808.60.. hny beli brg dapur kecik2…xde benda yg besar.. bajet plg mahal rm450..sekali kena byr rm808++ tercengang mak oiii…

pastu tny adik cashier tu..eh btul ke awk kira ni dik..sampai rm800++.. dia jwb apa tau..”BUKAN SAYA KIRA KAK.. MESIN KIRA”
dgn muka kerek nya..

amboi blh tahan budak ni dalam hati ni aku! kalau aku check satgi, hg salah kira mmg mkn xabih hang! rude sungguh!

tp adik ada mata, otak! sambil scan bar cod tu..mata adik pon liar2 ke komputer yg tertera jumlah RM tu.. sama tak dgn brg yg di scan..kalau dh beza smpai RM400..nmpk tak logik..STOP TERUS! pgl la sapa2 yg senior n so on! tu pon nk ajaq ka!

ok xpe dik..

aku bg je kad debit utk swap.. wlpun ketaq rasa seram sejuk hangin ja nih! aku sabaq lg..pastu bdk cashier tu rasa bersalah gamaknya..dia pon terkejut wlpun ayat td sgt slumber & kurang ajar.. dia trus bgtau..”akk klu salah akk pegi customer service counter..nnt depa check blk..”(CSC)

aku terus blah..benti tepi tgk resit trus nampak..PETAI PAPAN RM400.36..tudia😱😱 padahal AKU TAK BELI APA JENIS PETAI pon..
mai kot mana dia scan petai!!! nmpk sgt bar cod main tampal ja..

aku p CSC…depa check2 mmg salah!
Depa kata akn refund tp amik masa 1-2 minggu ke dalam acc aku sbb aku byr guna debit card..hala nk cekau mana cash rm800..aku bwk pon rm500 ja..

Bygkan kalau duit tu yg guna utk belanja puasa..atau apa2 emergancy..tp perabih byq kt giant.. cmna? sbb dia refund blk amik masa katanya..coz pakai debit card..

kalau kita ada duit xpa..klu org yg btul2 bajet..perlu duit tu utk blnja..cmna?? senang byk depa ni..rm400 tu byk la! bukan rm4!

td masa sy di CSC ada sorg kakak ni.. dia tny anyss kenapa..anyss pon cita..dia terbeliak mata terkejut dgn beza rm400..sedangkan dia salah rm5 ja dia geram…bygkan lah.. bygkan….dia punya salah sbb harga di rak rm8.90..p byr rm13.90..dia p tuntut dpt blk cash sbb dia byq cash..

aku jgk kena tgu lama sbb tgu bos la..kerani la apa la…

HATI2 semua..tambah2 masa promosi..harga kat rak lain…bila scan kt kaunter nk byr lain..lain kali kalau rasa pelik dan lari dr bajet yg kita jangka.. check balik… dlu selalu tgk yg org.. penah dh viral
jgk kan kes giant ni…

arini diri sendiri kena.. beza RM400.36😰hny kerana PETAI PAPAN yg TIDAK DIBELI.. cmna boleh scan masuk petai PETAI PAPAN TUH! 😤😤

VIRALKAN JER UTK PENGGUNA LAIN LEBIH BERHATI2..

Sumber : viralhebat.com

Gadis Ini Terakam Objek Kain Putih, Rakan Meloncat Dari Belakang Ke Depan Tempat Duduk

Apa perasaan korang bila sedang bergurau senda tiba-tiba terserempak dengan kelibat makhluk yang tidak diingini. Sudah pasti menyeramkan bukan?

Kejadian yang menimpa seorang gadis Shakyra Arabian ketika sedang menaiki kenderaan bersama rakan-rakannya. Menurut gadis tersebut, dia asalnya cuma mahu bergurau dengan menakut-nakutkan kawannya yang sedang duduk di tempat duduk belakang.

Ketika gadis itu sedang merakam aksi rakannya itu, gadis itu terakam satu objek berwarna putih yang sedang duduk di belakang. Gadis itu berkongsi detik berkenaan sehingga mendapat hampir 4 ribu perkongsian dan 700,000 tontonan di Facebooknya.

“Kejadian sebentar tadi, dimana saya telah bergurau dengan rakan saya dengan menakut-nakutkan mereka dan dengan tidak sengaja terakam kain putih di seat belakang, dimana kami langsung tidak bawa kain putih apapun masuk dalam kereta. Sumpah takut giler ya ampun akibat mengenakan orang last2 real.

Selepas rakaman itu, kain putih berkenaan sudah tidak kelihatan sebaik video tersebut dirakam. Walaupun ada yang mengatakan ianya palsu dan sudah dirancang terlebih dahulu, gadis tersebut yakin kejadian tersebut benar-benar berlaku. –
Sumber : kaki share

Kuat menguap bukan tanda pemalas tapi sebenarnya terlalu pintar

Via illuminasi

 

Satu kajian saintifik terbaru mendapati tempoh anda menguap berhubungkait dengan jisim otak anda dan bilangan neuron dalam otak.

Menurut keputusan penyelidikan itu, jika anda mempunyai otak yang lebih besar, maka lebih panjanglah anda menguap.

tutup mulut kalau menguap

Manusia menguap paling lama

Kajian yang diterbitkan dalam Biology Letters itu mengkaji video pelbagai spesies menguap. Ini termasuklah cimpanzi, kucing, anjing, gorila, musang, unta, kuda, tikus dan sebagainya. Setiap aktiviti menguap diperhatikan dan diukur tempoh masanya.

menguap tanda otak besar

Manusia pula mempunyai tempoh menguap yang paling panjang kerana otak kita mempunyai jisim yang paling berat iaitu kira-kira 1.4 kilogram. Selepas manusia, cimpanzi, kuda dan unta mempunyai tempoh menguap yang panjang mengikut turutan. Kuapan terpendek pula adalah milik tikus dan arnab.

Proses penyejukan otak

Andrew Gallup, seorang ahli psikologi dan penyelidik yang bertanggungjawab ke atas kajian ini menerangkan bagaimana menguap membantu menyejukkan otak:

menguap

Apabila anda menguap, rahang yang terbuka luas meningkatkan peredaran darah ke tengkorak dengan mengepam darah keluar dari otak.

Pada masa yang sama, menarik nafas dengan dalam memberikan udara segar ke hidung dan rongga oral, sekaligus menyejukkan arteri serebrum melalui proses perolakan.

Kedua-dua proses ini mengeluarkan haba ibarat sebuah radiator yang menyejukkan enjin kereta.

Menguap bukan tanda bosan dan letih

Jadi, kita sebenarnya menguap bukan tanda kita letih atau kebosanan. Secara teknikalnya, jika tubuh dan kawasan tengkorak anda lebih panas daripada biasa, ia akan menguap secara automatik untuk mengeluarkan haba.

menguap lama tanda otak lebih besar

Apa yang lebih menarik, menurut Profesor Robert Provine dari University of Maryland, walaupun menguap adalah suatu tabiat biasa manusia seperti bersin dan kentut, ia sering disalahtafsirkan dan sehingga kini masih sukar difahami.

Kita tidak tahu apa sebenarnya punca kita menguap dari segi saintifik. Kalau dari sudut agama tu dah memang ramai yang tahu. Diharap penyelidikan terbaru ini telah memberikan sedikit pencerahan kepada kita semua.

Apa-apa pun, jangan lupa tutup mulut kalau menguap. Nanti syaitan seronok!

Rujukan:

1. BBC

2. Biology Letters

3. The Academic Minute

4. Independent UK

Bapa rogol anak perempuannya sendiri selama 20 tahun, dipenjara 12 tahun

NOTTINGHAM, ENGLAND – Seorang bapa yang merogol anaknya selama 20 tahun akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selepas mangsa secara sembunyi merakam lelaki itu berbangga dengan jenayah yang dilakukannya itu pada hari Krismas, lapor Daily Mail.

Raymond Prescoot, 54, memberitahu anaknya, “Inilah seks paling seronok yang saya pernah lakukan dengan awak sepanjang hidup saya.”

Kali pertama Prescott merogol anaknya, Layla Bell, 31, ketika mangsa berusia 7 tahun dan memberitahunya “Ini adalah rahsia kecil kita.”

Bell yang berasal dari Nottingham berkata, bapanya berubah dari seorang ‘kawan baiknya’ kepada seorang pemangsa seksual.

Prescott dilaporkan pernah merogol Bell di bilik bersebelahan dengan ibunya sambil menjerit, “Saya bersetubuh dengan anak perempuan saya!”

Bell pernah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis pada tahun 2001, namun saudara maranya tidak senang dengan perbuatannya itu lalu Bell terpaksa menarik balik laporan polis yang telah dibuat.

Namun selepas Prescott cuba menyerangnya pada 25 Disember 2012, Bell memasang perangkap dan merakam kejadian itu tanpa pengetahuan bapanya yang secara tidak langsung mengaku melakukan jenayah tersebut.

Dalam rakaman video tersebut, Prescott memberitahu anaknya, “saya tak dapat jalinkan hubungan seks dengan perempuan lain, jadi saya nak lakukannya bersama awak.”

Selepas mendapat pengakuan lelaki itu, Bell menyerahkan bahan bukti itu kepada polis dan Prescott ditahan atas lima tuduhan merogol darah dagingnya sendiri.

Prescott bagaimanapun mengaku tidak bersalah tetapi dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun pada Mei lalu selepas didapati bersalah oleh mahkamah.

“Semasa kecil, saya selalu menjadi anak kegemarannya. Bila pertama kali dia merogol saya ketika saya berusia 7 tahun, dia berkata yang dia berbangga dengan saya kerana tidak basahkan tilam dan memaklumkan saya akan dapat hadiah untuk itu.

“Dia bawa saya ke dalam bilik selepas adik beradik yang lain pergi ke sekolah. Dia buka skirt saya dan .. saya tidak dapat ingat sepenuhnya apa yang berlaku selepas itu.

“Saya tidak mahu fikirkan kejadian itu kerana ia berlaku ketika saya masih kecil dan saya tahu ia bukan satu kejadian yang baik.

“Selepas itu, dia kerap melakukannya. Di usia 9 atau 10 tahun, dia paksa saya melakukan oral seks. Dan dia kata ini adalah rahsia kecil kami dan saya adalah kanak-kanak yang istimewa baginya,” katanya.

Ekoran kejadian itu, Bell mula gemar meminum minuman keras sejak berusia 14 tahun selepas bapanya memberi kebenaran untuknya berbuat demikian.

“Dia bagi saya minum bir ketika usia 7 tahun kerana saya anak kegemarannya. Saya minum dengan banyak sekali ketika usia remaja dan mabuk bila pergi ke sekolah. Tetapi tiada sesiapa yang tahu kerana saya masih mampu mengawalnya,” katanya.

Bell pernah mengadu perkara itu ketika berusia 16 tahun pada 2001. Tetapi ditentang oleh keluarganya sendiri menyebabkan dia terpaksa berdiam diri.

“Pada awalnya saya dedahkan perkara itu kepada teman lelaki saya. tetapi dia tidak mahu saya balik ke rumah kerana dia sangat risau dengan keadaan saya.

“Kemudian saya beritahu pada ibu saudara saya tetapi dia tidak percaya. Saya beritahu pada ibu, namun sejak dari itu dia enggan bercakap apatah lagi memandang saya. Saya rasa dia malu dan percaya pada saya tetapi dia masih dalam keadaan terkejut.

“Dia (Prescott) berkelakuan seperti biasa seperti memeluk saya di depan keluarga dan tiada sesiapa yang tahu apa yang berlaku sebenarnya di sebalik kepura-puraannya itu.

“Bila saya laporkan perkara itu kepada polis ketika berusia 16 tahun, dia (Prescott) menafikannya dan saya menerima ugutan bunuh dari keluarga Prescott yang juga menuduh saya hanya mahukan perhatian.

“9 bulan kemudian, dia merogol saya sekali lagi kerana dia lega dia dapat lepaskan diri dari ditahan polis. Bila saya meningkat dewasa, dia sekali lagi merogol saya pada hari Krismas di dalam bilik bersebelahan dengan bilik ibu sambil menjerit, “Saya sedang jalinkan hubungan seks dengan anak saya” dalam nada berseloroh.

“Dia curi masuk ke dalam bilik saya ketika semua orang sedang tidur dan merogol saya.

“Kali terakhir dia cuba merogol saya ketika saya berusia 27 tahun. Dia pada ketika itu dalam keadaan mabuk memanggil saya datang ke biliknya kerana dia mahu bercakap dengan saya. Kemudian dia memegang tangan saya dan menjilat leher saya sedangkan rakan saya ada di bilik sebelah.

“Saya berjaya melarikan diri dan masuk ke dalam kereta kawan saya. Kawan saya bertanya apa yang berlaku dan saya jelaskan segala-galanya sebelum dia menasihatkan saya masuk semula ke rumah dan rekod segala perbuatan dia,” katanya.

Dalam rakaman selama 7 minit itu berjaya memerangkap Prescott.

Dalam rakaman itu, Bell berkata, “Ini tidak sepatutnya berlaku dan ianya tidak betul. Ayah pegang punggung saya di depan kawan saya.”

“Ayah dah pernah bersetubuh dengan awak. Tiada sesiapa yang akan tahu, ini rahsia kita. Ayah tak dapat jalinkan hubungan seks dengan sesiapa, jadi ayah nak buat bersama awak,” kata Prescott.

“Kenapa saya? Saya tak faham,” kata Bell.

“Shh! Hanya awak satu-satunya yang saya gemar jalinkan hubungan seks bersama. Saya tahu ianya salah dan awak adalah anak perempuan saya. Saya berharap awak bukan anak saya. Hubungan seks yang paling seronok dilakukan sepanjang hidup saya adalah bersama dengan awak,” katanya.

“Saya rasa ayah boleh buat semua ini dengan ibu,” kata Bell.

“Kalau saya buat dengan ibu awak, ianya sungguh menjijikkan. Tahu tak, menjijikan,” kata Prescott.

Selepas itu, Bell cuba beredar, namun Prescott segera bangun dan menghalangnya. Bell kemudian berjaya melepaskan diri dan meninggal Prescott di rumah. Namun video itu tidak diserahkan kepada polis sehingga Februari 2013.

“Syukur dia dipenjarakan selama 12 tahun. Hakim juga berasa jijik dengan perbuatannya itu,” kata Bell mengulas hukuman yang dijatuhkan pada ayahnya. – The Reporter

Sumber : GengViral

10 bulan saya bersabar dengan dia yang kerap parking di depan rumah, akhirnya…’

Hidup berjiran ini, banyak perkara yang kita perlu ambil tahu dan ambil kira. Setiap tindakan yang diambil perlu difikir sehabis boleh bagi mengelakkan jiran terasa hati sehingga menimbul rasa kurang selesa, sekali gus meruntuhkan kesefahaman di antara jiran tetangga terutamanya tentang parking.

Jangan sesekali kita meletakkan kereta di depan rumah jiran, meskipun pada ketika itu tiada lagi ruang atau tempat parking berhampiran dengan rumah kita. Sebaiknya, letaklah kereta anda di tempat yang tidak menganggu jiran.

Seperti apa yang dikongsikan oleh blogger Pepper Lim, sudah 10 bulan beliau menahan sabar dengan sikap jiran yang gemar meletak kereta di depan rumahnya sehingga menyukarkan keretanya untuk keluar dan masuk.

Pelbagai cara yang telah diambil termasuk bersemuka dengan pemilik kereta tersebut, namun tidak diendahkan. Sehingga beliau terpaksa mengambil tindakan terakhir yang membuatkan pemilik kereta itu serik buat selama-lamanya.
 
Oleh Pepper Lim

Jiran saya ini, si bangang. Setiap malam, dia akan letak kereta dia di depan pintu pagar rumah saya. Saya tak tahu dia kerja di mana tetapi dia kerap balik sekitar jam 3 pagi. Pada waktu itu, sudah tiada tempat kosong untuk dia letak kereta. Jadi, dia ambil keputusan untuk letak kereta dia di depan rumah saya dan hanya akan alihkan keretanya pada jam 2 petang keesokan hari.

Dia duduk di rumah bujang (rumah sewa) iaitu sebelah rumah saya. Saya sudah banyak kali mengetuk pintu pagar dia tetapi tidak pernah dilayan. Pernah sekali dua saya berjumpa dengan budak-budak penyewa yang lain di rumah itu, tetapi mereka kata mereka tidak kenal satu sama lain. Jadi, mereka tak dapat nak tolong saya panggil si bangang berkenaan.

Saya dah banyak kali tinggalkan notis di cermin kereta dia, tetapi langsung tidak dihiraukan. Kemudian saya letak notis minta nombor handphone dia agar saya dapat menghubunginya untuk mengalihkan kereta. Malangnya notis itu dibuang begitu sahaja.

Sekali dua, saya bersemuka dengan dia dan mengingatkan agar jangan letak keretanya di depan rumah saya lagi. Tetapi beberapa hari kemudian, dia mengulangi lagi perbuatannya.

Jadi, saya menghubungi MBPJ dan terangkan masalah yang berlaku. Operator yang menjawab panggilan saya itu boleh pula bergurau berkata, “Kenapa tak pecahkan cermin kereta dia?”

“Kalau boleh, memang saya nak pecahkan cermin kereta dia. Si bangang itu dah letak kereta dia di depan pagar rumah sehingga menghalang laluan kereta saya untuk keluar masuk selama 10 bulan. Saya memang dah cukup bersabar dengan dia.” kata saya kepada operator berkenaan.

Operator terbabit menasihatkan aku agar bersabar dan dia akan hantar pegawai untuk saman kereta lelaki berkenaan.

Foto – Pepper Lim

Sebenarnya, kita tidak boleh letak kereta sebarangan atau di mana-mana sahaja kecuali dalam petak yang disediakan oleh MBPJ. Mereka yang melakukan kesalahan itu boleh disaman sebanyak RM30.00. Jika saman yang dikeluarkan itu tidak dibayar, ia akan naik RM100.00.

Percaya atau tidak? Si bangang itu masih lagi meletakkan keretanya di depan pintu pagar ruah saya. Nah, tengok berapa banyak saman yang telah dikeluarkan terhadapnya.

Sekali lagi saya buat aduan kepada MBPJ dan kali ini mereka menasihatkan saya membuat laporan polis.

Selesai buat laporan polis, polis datang ke rumah saya dan nampak kereta si bangan itu parking di depan rumah saya. Ketika itu, saya tiada di rumah. Jiran saya yang seorang lagi keluar dan berbincang dengan polis. Menurutnya, si bangang itu juga pernah meletak kereta di depan rumahnya, namun tidak berani membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Polis pasang lampu siren dan ketuk pintu pagar rumah si bangang berkenaan, namun dia enggan keluar. Jadi polis memaklumkan kepada jiran saya itu bahawa mereka akan kembali lagi pada masa yang lain, sebelum beredar.

Sebaik sahaja polis beredar, si bangang ini cepat-cepat keluar dan alihkan kereta dia. Selepas peristiwa itu, dia langsung tidak pernah meletakkan keretanya di depan rumah saya lagi

Saya memang cuba hidup berbaik-baik dengan jiran-jiran, tetapi si bangang ini memang tak tahu cara nak hidup berjiran. Jadi akibatnya, dia kena bayar saman RM1,000.

Sumber : GengViral