Jenazah Thaqif Digali Semula. Ramai TERKEJUT Kerana Jasad Tidak Berbau Busuk !!!

Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 10, yang meninggal dunia 26 April lalu masih elok dan tidak berbau ketika digali semula pagi ini.

Kisah itu dikongsikan bapa saudara Allahyarham, Mas Arip kepada majalah Mingguan Wanita, hari ini.Menurut perkongsian itu, jenazah Mohamad Thaqif perlu digali semula oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya.

“Sampel yang diambil selepas kematiannya sebelum ini tidak menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya.

“Ternyata, sekali lagi ALLAH SWT menunjukan kebesaranNya apabila kaki yang dipotong dan tubuh pelajar tahfiz berkenaan yang bercita-cita menjadi huffaz ketika memasuki Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor ini tidak mereput atau berbau busuk biarpun sudah hampir sebulan jenazahnya dikebumikan saat kuburnya digali semula itu.

“Keadaannya, seolah-olah masih baru ditanam semalam!” katanya.

Menurut Mas Arip lagi, dia bersama bapa mertuanya, Ahmad Motai menjadi saksi bagi pihak keluarga menyaksikan kubur anak saudaranya itu digali semula.

“Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sampel dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup istimewa kerana ALLAH menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.

“Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya. MasyaALLAH. ALLAH maha berkuasa,” Katanya.

Kisah adik Thaqif menjadi tular selepas dia didakwa menjadi mangsa pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz di Johor.

Sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa bahkan pembantu warden berkenaan juga telah dibebaskan tanpa dilepaskan kerana kekurangan bukti.

Sumber : SinarHarian

NI MUNGKIN SIHIR ANGIN.. SELAGI BAJU ITU DITIUP ANGIN TUAN PUNYA BADAN AKAN RASA PENING MCM TERBANG BERTERBANGAN.

Dari perkongsian di laman Facebook Putera Alimin Al-Chistiyyah 

Ni mngkn Sihir angin.. selagi baju itu ditiup angin tuan punya badan akan rasa pening mcm terbang trbangan..sihir ni biasa jgk orang letak gambar pada daun atau burung.. Hti2lh kpd wanita kurng akal yg suka post gambr kat fb..

Kata guru hikmat hamba…ad org nangis2 tnya dia knpkh nasib sy sbgini.. Mndrita sbgini krn dibuat org.. Katanya dia “doh mu bodo.. Buh byk lgy gmbr d media sosial”

Mak Mulut Lancang. Apa Yg Anak Perempuan Ini Lakukan Buat Ramai TERPANA !!!

Saya Zack. Perempuan ye. Saya rasa biasalah kita dengan orang yang kita sayang, kita akan care much about them. Apa yang mereka cakap, apa yang mereka buat kat kita, bagi kesan kat kita.

Alkisahnya mak saya. Saya sayang kat mak saya. Tapi saya ni boleh kata hati tisu. Mak saya selalu mengguris hati saya. Tapi saya selalu maafkan dan lupakan. Sampai saya tak tahan, saya menjawab. Perempuan, kadang emosi. Saya setiap kali cuba kawal emosi saya, tapi mak saya selalu guna bahasa yang buat saya tinggikan suara sama naik dengan mak saya.

Saya tak tahu dah macam mana nak buat supaya jadi anak yang sekadar diam. Dari saya kecil, ata-kata macam ” kau ni anak derhaka” “anak kurang ajar” melekat dalam kepala saya. “Tengok kakak tuut” “tengok abang tuut” perbandingan akan selalu dibuat macam saya ni takde apa yang baik langsung.

Depression, demotivate. Saya lalui. Saya tak boleh buang mak saya, tapi kata-kata dia menyakitkan hati. Dia bercakap tanpa fikir perasaan orang lain. Katanya berterus terang, apa dengan sebab kita berterus terang kita boleh mempersenda dan merendahkan orang lain. Boleh kata kita tak ada niat, tersilap cakap. Kalau sekali dua. Kalau banyak kali kita cakap macam tu, apa maknanya tu, kalau bukan downgrade kita?

Kalau saya tak balik, cakap saya macam-macam. Kalau saya balik, cakap macam-macam juga. Serba serbi tak kena. Saya dah malas nak expose dengan orang macam ni. Ulang alik masalah yang sama, masalahnya tak puas hati dengan saya.

Kalau tak puas hati dengan saya je, saya takde masalah. Kalau dah masuk suami, anak, keluarga saya.. mau tak saya kena pertahankan juga.

Tolonglah…moms not always right. You are mom. You can’t control everything. Anak-anak satu hari akan kahwin, ada kehidupan dia sendiri. Jangan susahkan dia dengan kehendak kita. Anak-anak sentiasa mahu buat yang terbaik untuk kita. Percayalah. Tapi disebabkan ketidakmampuan dia, kita tekankan dia lagi dalam tanah. No. You have to help them. Dengan kata-kata sahaja, dah boleh ubah hidup seseorang.

Mak juga manusia..buat salah, janganlah sebab kita pegang tiket syurga, kita boleh cakap dan buat sembrono. Satu hari bila saya diuji dengan anak dengan masalah yang sama, saya doa (dan minta semua doa) janganlah ada walau sekelumit sifat angkuh dalam diri saya. Saya juga belum tentu ke syurga.

Sumber : Zack

Seumur Hidup Berbuat Baik Pd Haiwan, Ketika Dia Mati Ratusan Burung Iringi Pengebumiannya !!!

Islam mendidik umatnya agar berbuat ihsan kepada haiwan dengan memberikan perhatian kepada usaha menjaga kebajikan mereka. Inilah di antara salah satu daripada ciri-ciri keindahan dan kesempurnaan ajaran Islam yang jarang diberikan perhatian. Gambar Hiasan Bersesuaian dengan Sabda Rasulullah s.a.w yang menyebut …”>

Islam mendidik umatnya agar berbuat ihsan kepada haiwan dengan memberikan perhatian kepada usaha menjaga kebajikan mereka. Inilah di antara salah satu daripada ciri-ciri keindahan dan kesempurnaan ajaran Islam yang jarang diberikan perhatian.

Gambar Hiasan

Bersesuaian dengan Sabda Rasulullah s.a.w yang menyebut :-Pada setiap sedekah terhadap makhluk yang memiliki hati (jantung) yang basah (hidup) akan dapatkan pahala kebaikan. Seorang Muslim yang menanam tanaman atau tumbuh-tumbuhan yang kemudian dimakan oleh burung-burung, manusia, atau binatang, maka baginya sebagai sedekah. (Bukhori, Muslim).

Kisah yang ingin diceritakan ini, dikongsi oleh seorang anak mengenai arwah bapanya, Haji Bujang bin Tanda yang telah meninggal dunia 18 tahun lalu. Ratusan ekor burung seperti aina, pipit, merbah bahkan dari spesies yang tidak diketahui seolah-olah membuat barisan mengiringi jenazah kerana sikap arwah yang rajin bersedekah kepada makhluk Allah ini.

Arwah bapa meninggal kerana serangan jantung. Saya sendiri tidak sempat menghadapnya kerana sebaik ke rumah, bapa sudah meninggal dunia. Berita kematiannya mengejutkan ramai orang kerana arwah tampak sihat sebelum ini, kata anaknya, Jamilah Haji Bujang, 47 tahun.

Suami Jamilah, Hamdan Mohd Yusof seorang pengurus jenazah di Pantai Dalam. Dia memaklumkan betapa mudahnya memandikan arwah bapa mentuanya.

Arwah seolah-olah tidur lena. Tubuhnya lembut, sendi-sendinya senang diuruskan. Waktu mandinya juga singkat dan mudah.”

Selesai urusan kafan, jenazah di bawah ke Masjid Al-Ikhlasiah untuk disolatkan. Ratusan orang datang dan saling mengucapkan salam takziah kepada kami sekeluarga. Masa yang sama, masing-masing mengakui kebaikan yang selalu dibuat oleh arwah bapak yakni kebaikan dan pertolongan yang selalu dihulurkannya tanpa mengira siapa.

Ketika jenazah dibawa ke masjid, saya perasan ratusan ekor burung bertenggek di wayar talian elektrik. Bermacam-macam jenis malah ada spesies burung berwarna hijau yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.

“Burung-burung itu seolah-olah membentuk satu barisan panjang dan berbunyi sewaktu keranda bapa melalui mereka. Bahkan ratusan orang mengikuti solat jenazah pada hari itu.

Hal burung itu saya anggap biasa tetapi kejadian aneh sekali lagi berlaku di tanah perkuburan. Kali ini burung-burung hijau bertenggek di ranting-ranting pokok yang terdapat di tanah perkuburan itu. Masih berkicau-kicau. Saya cuit emak dan abang, rupanya mereka juga perasan hal ini. Subhanallah,” tutur Jamilah pula.

Rajin Bersedekah Pada Makhluk Allah

Sekalipun sudah hampir 20 tahun bapanya meninggal dunia, perbuatan bapanya itu masih terkesan di hati. Sampaikan hari ini, Jamilah sendiri meneruskan cara yang dilakukan oleh arwah bapanya itu.

“Bila saudara mara mula balik, mak buka satu cerita. Sejak pencen dari Telekom, bapa gemar bercucuk tanam. Ada pisang, serai, lengkuas, halia, cili, kacang botol dan sebagainya. Arwah cuma ambil sedikit saja hasil tanamannya. Sekadar melepaskan “sesak” di dapur ketika emak memasak. Selebihnya di sedekah kepada jiran tetangga dan ahli masyarakat yang datang meminta.

Cerita emak lagi, kalau pisang masak, bapa tidak akan benarkan pokok itu ditebang. Dia mahu burung, tupai makan sesisir dua pisangnya terlebih dahulu. Selepas itu barulah tandan pisang ditebang dan di sedekah pada jiran-jiran terdekat. Arwah juga akan mengumpul sisa-sisa nasi dari kedai makan untuk diberikan pada ayam dan itik yang diternak.

“Kadang-kadang bukan ayam itik sahaja yang datang makan. Kucing, burung, anjing liar juga akan berkongsi rezeki yang sama. Mereka seolah-olah tahu jam 3 petang, arwah akan datang membawa satu baldi penuh dengan sisa nasi dan lauk pauk yang dikutip dan dikumpulkan dari kedai makan berhampiran rumahnya.” Cerita emaknya yang terkesan sehingga mengubah diri Jamilah jadi pemurah dalam soal sedekah.

Jamilah sedar perbuatan baik itu bukan saja dilakukan kepada manusia tetapi juga kepada makhluk Allah yang bernyawa. Hal ini kerana di dunia, Allah sudah menunjukkan pengajaran kepada insan yang berbuat baik kepada haiwan-haiwan.

Cerita Pak Kasim Asam Pedas Melaka

Kata pemilik kedai makanan, Pak Kasim Asam Pedas Melaka sudah jadi rutin arwah Haji Bujang datang ke kedainya untuk mengambil sisa-sisa nasi dan lauk. Ramah menyapa pelanggan yang datang ke kedainya.

“Dengan arwah semuanya boleh jadi. Baik masalah tanah setinggan, nak pinjam duit sampailah kenduri kahwin anak. Mulutnya memang bising sikit tapi hatinya baik. Arwah tak pernah mengecewakan harapan orang yang datang meminta bantuannya. Itulah sebab arwah popular dan sangat dikenali. Bila arwah meninggal, sudah tak ada siapa lagi yang ambil sisa nasi di kedai saya.”

Satu lagi sikap bapanya dia akan menyapu keliling kampung. “Bapa akan bawa sebatang penyapu lidi dan kereta tolak. Habis jalan-jalan utama dibersihkan. Itulah rutinnya setiap hari sampaikan sekampung kenal perangainya.”

Apa yang lebih terkesan di hati anak keempat dari enam beradik ini ialah arwah bapanya bersama sahabat-sahabatnya memberikan sebahagian wang simpanan mereka untuk mendirikan surau yang diberi nama Al-Ikhlasiah. Hari ini, surau itu sudah tiada lagi tetapi digantikan dengan sebuah masjid tersergam indah yang mampu menampung ribuan jemaah di dalamnya di Pantai Dalam. – Oleh:Almaswa Haji Che Ros

Sumber: alamatalamatkiamat

Saya ingat saya kahwin kali kedua ini, saya akan dapat suami yang baik sebab dia sayangkan anak-anak saya. Saya terima dia sebab dia betul-betul sayangkan anak saya sampai anak saya tak boleh berpisah dengan dia. Rupa-rupanya….

Saya dah tersalah pilih suami. Saya ingat saya kahwin kali kedua ini, saya akan dapat suami yang baik sebab dia sayangkan anak-anak saya. Saya terima dia sebab dia betul-betul sayangkan anak saya sampai anak saya tak boleh berpisah dengan dia.

Rupa-rupanya apa yang saya impikan semuanya musnah. Dia menjadi suami yang jahat dan kejam. Dia pukul saya dan pukul anak-anak saya. Dia benci anak saya dan kata,

“Itu bukan darah daging aku!”

Kehidupan saya seperti dalam neraka. Hari-hari kami bergaduh. Dia tidak pernah solat. Bila saya ajak dia solat, dia langsung tak mahu. Sekarang, saya ambil keputusan untuk bercerai. Saya dah tak nak tengok muka jantan berpura-pura ini lagi.

Nasihat saya kepada ibu-ibu tunggal, jangan percayakan lelaki yang baik di depan, ruap-rupanya ada udang di sebalik batu. Kejadian ini membuatkan saya serik untuk berkahwin lagi. Patutlah Rita Rudaini tak nak kahwin sebab takut anak-anak dia terseksa.

Zaman sekarang susah nak jumpa lelaki yang sayang anak-anak kita. Tengok macam saya, sudah terkena sebelum kahwin. Bukan main tunjuk sayang pada anak-anak saya. Selepas kahwin, buat anak saya macam sampah.

Anak saya demam ke, sakit ke, dia buat bodoh sahaja. Yang lagi zalim, semasa saya demam kuat. Saya tak sedar sebab baru makan ubat. Bila terjaga dari tidur, saya tengok anak saya dalam keadaan yang menyedihkan dengan memegang botol susu yang basi di depan pintu. Berak penuh di pampers, rupa-rupanya satu malam anak saya duduk di depan pintu bilik. Dia nak ketuk pintu bilik tetapi takut.

Sebelum ini saya tidak pernah kunci pintu bilik. Saya tahu anak saya mesti kejutkan saya. Rupa-rupanya malam itu saya tidur, suami saya sanggup kunci pintu sebab tak nak buatkan anak saya susu. Kalau dia benci pun, kejutkanlah saya pada malam itu. Meraung saya tengok keadaan anak saya.

Saya sudah nekad, saya perlu tinggalkan jantan tak guna ini dari hidup anak saya terseksa. Sudahlah dengan duit nafkah pun kedekut, duit saya saja yang dia nampak. Kaki kikis duit.

Ya Allah, cukuplah kali terakhir ini saya terseksa. Selepas ini saya nak habiskan masa bersama dengan anak-anak saya. Saya tak perlukan lelaki yang kejam seperti ini dalam hidup saya. – KRT

“DEMI ZURIAT, YA SAYA BERKORBAN JADI BERISI…” — INI PENGAKUAN DATO’ SITI NURHALIZA

 

Saya tidak nafikan, sebagai seorang wanita yang sedang dalam melalui proses ‘family planning’, badan akan mengalami perubahan (berat badan naik) yang mendadak.

Namun ini adalah harapan dan mpian saya dan saya tidak boleh berhenti hanya kerana tidak mahu ‘berisi’. Walau bagaimanapun, itu tidak pula menjadikan alasan untuk saya tidak melakukan apa-apa.

Artikel Asal Dari Majalah InTrend
Penulis: Afiza Kamarulzaman
Gambar: Instagram ctdk / Official Simply Siti

BELIAU tidaklah terlalu obses tentang kecantikan tetapi sangat mengambil berat perihal cantik yang baginya sangat penting untuk dimulakan daripada penjagaan dalaman.

Sementelah, punya suami yang juga menitiberatkan hal kesihatan diri, membuatkan Dato’ Siti sukar untuk culas dalam memastikan gaya hidup sihat menjadi amalan mereka berdua.

Dato’ Siti punya berat badan yang cepat naik, bukan? Bagaimana memastikan tubuh sentiasa dalam bentuk yang diimpikan?

Saya tidak nafikan, sebagai seorang wanita yang sedang dalam melalui proses ‘family planning’, badan akan mengalami perubahan (berat badan naik) yang mendadak.

Namun ini adalah harapan dan mpian saya dan saya tidak boleh berhenti hanya kerana tidak mahu ‘berisi’. Walau bagaimanapun, itu tidak pula menjadikan alasan untuk saya tidak melakukan apa-apa.

Pada masa yang sama, saya tetap bersenam. Saya dan suami akan ke gim setiap pagi dan meluangkan sekurang-kurangnya satu jam lebih di situ.

Selain itu, saya juga mengambil makanan yang sihat. Jika rajin dan punya masa terluang, saya akan masak menu sihat saya sendiri atau pembantu akan sediakan.

Dato’ K selalu memuji Dato’ Siti pada bahagian mana?

Biarlah rahsia… hahaha. Suami kenalah puji isteri, kan? Baru bahagia rumahtangga. Hahaha…

Sumber ; viralhebat.com

PENAMPAKAN PONTIANAK DI TANJUNG TUAN, PORT DICKSON PADA WAKTU SIANG?

Dari perkongsian di laman Facebook Nieya Md Ayob

#tb cerite kami hiking 4.5.17 haritue…#cube tgk video tue..act time kat sane ktrg xperasan ape2 pun..just happen something siket2 bnd pelik tue biase lah dlm hutan kan….tapi lps dahbalek kl ..

kite pun google lah psl tanjung tuan yg kite pgi ney..bru lah kami cek balek semua pic n video dlm hp masing2…then bru cite satu2 yg happen flashback…

ble dh d flasback bruperasan mcm2 sebenarnye ‘die’ nk tunjuk dy ade dgn ktrg..

tapi mybe time tue kami semua ney trlalu happy dgn keindahan pulau indah yg sgt2 indah ney….so ape yg happen mmg kt sane ktrg mcm xamik port..hari ney lps dh basi psl hiking kami…rindu scrool le video2 yg ade…bru le kami perasan “die” mmg ader…

#nasebkamiselamatpergidanpulang#siapekah gerangan kakak cntik tue????coz time kami ber 6 kt sane mmg xde selisih dgn mane hikers laenpun…#sahih atau x,yg pasti kite menumpang di dunie ney…,bukan kite je yg menumpang skli😁😁

#masukhutanjageniat,percakapan,perbuatan,#noteformyself#mgken mate kami salah tgk🤔🤔jadi anda nilaikan lah sendri…

Jururawat Tiba² Tumbuk Muka Doktor Dalam Bilik Bedah. Rupa² Nya Ini Punca SEBENAR Ia Berlaku !!!

Sebuah video yang mengejutkan tersebar di mana seorang doktor menumbuk bertubi-tubi teman wanitanya yang juga seorang jururawat di  dalam dewan bedah. kejadian itu berlaku di China.

Rakaman CCTV menunjukkan pasangan secara tiba-tiba bertengkar selepas pesakit dibawa keluar dari dewan bedah selepas pembedahan.Saksi di hospital Lankao County di Wilayah Henan mendakwa pakar bedah mendakwa kekasihnya melanggar protokol operasi dan pergaduhan tercetus selepas dia menafikannya.

Video yang ditonton oleh lebih daripada 4 juta kali di media sosial China, menunjukkan jururawat itu yang terlebih dahulu menyerang, dengan memukul teman lelakinya.

Walaubagaimanapun teman lelakinya segera bertindak balas selepas dipukul dengan menumbuk kekasihnya berkali-kali di kepala sehingga dia jatuh dilantai bilik pembedahan.

keganasan itu berterusan selama beberapa saat sebelum mereka dileraikan oleh rakan-rakan mereka. Doktor dan jururawat itu dibawa keluar oleh kakitangan lain.

Menurut kenyataan daripada hospital, pergaduhan itu tidak mendatangkan kecederaan serius dan pengurusan telah bersetuju untuk tidak memanjangkan hal berkenaan kerana menganggap ianya hal peribadi antara pasangan itu.

Lihat Video:-

Sumber:-DailyMail

Tahukah Anda, Semasa Titanic KARAM, Ada 3 Kapal Lain Berada Berdekatan..Ini Sebabnya 3 Kapal Tu Tak Tolong !!!

Korang tau tak, sebenarnya dari sudut sejarah asal sewaktu kapal Titanic hampir karam disebabkan perlanggaran dengan aisberg, ada 3 lagi kapal yang berada berhampiran kawasan tersebut! Kalau ketiga-tiga kapal ni datang membantu, mesti semua penumpang dapat diselamatkan.

Kapal Sampson

Kapal ini sebenarnya kapal perikanan yang sedang menangkap anjing laut secara haram di kawasan berdekatan Titanic karam. Kira-kira 7 batu nautika je. Kru kapal nampak asap kecemasan yang dibuat oleh Titanic, tapi masa tu diorang tengah sibuk tangkap anjing laut dan takut kantoi dengan pihak berkuasa, mereka bergerak ke arah bertentangan dengan Titanic.

Kapal SS Californian

Kapal SS Californian berada 14 batu nautika dari Titanic dan dikelilingi oleh ais. Diorang nampak api putih tapi kerana suasana yang agak sukar dan keadaan sudah gelap, kapten kapal putuskan untuk tidur dan tunggu sampai esok. Semua kru kapal cuba meyakinkan diri bahawa tiada apa yang berlaku di sebalik asap putih tu.

Kapal Carpathia

Kapal terakhir ini sebenarnya sedang bergerak ke arah bertentangan sejauh 58 batu nautika dari Titanic. Mereka menerima isyarat kecemasan dan kaptennya memohon petunjuk sebelum menukar haluan, memecahkan ais dengan kuasa maksimum dan akhirnya telah menyelamatkan 705 mangsa Titanic yang terselamat!

Ustaz ini akan cerita sebab sebenar 3 kapal tu tak tolong . Kalau mereka tolong, anda takkan kena bayar hutang bank bulan-bulan.


Kredit : HCL