Perkahwinan Dan Persandingan Pasangan Viral Ini Bakal Bergelar Wedding Of The Year

Loading...

Masih ingat dengan kisah seorang lelaki yang membuat kejutan hari lahir kepada kekasih hatinya, dengan menaiki dan tahun berikutnya menaiki kapal mewah pula?

Barang Eksklusif dan Banyak Lagi, Hanya di KFC.com.my
Sponsored by KFC

Pelbagai Kejutan Dari Hafiz Mahamad

Video kisah percintaan mereka turut tular di media sosial dengan pelbagai reaksi netizen. Ada yang memuji kisah mereka dan tidak kurang juga jelik dan menganggap pasangan ini seperti melupakan ibubapa masing-masing.

Menolak dakwaan itu, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Hafiz Mahamad turut membuat kejutan kepada ibubapanya yang cukup mengharukan. Malah beliau turut tegaskan segala yang dibuat adalah menggunakan duit titik peluhnya sendiri dan bukannya dari keluarga seperti yang hangat diperkatakan oleh netizen.

Perkahwinan Dan Persandingan Pasangan Viral Ini Bakal Bergelar Wedding Of The Year

Pre-Wedding Yang Cukup Gah!

Bakal mendirikan rumah tangga bersama gadis yang dicintainya, Syafiqah Ainasegala persiapan sedang rancak dijalankan. Malah penggambaran pre – wedding mereka turut tular dan kami di Hangat.com turut akui gambar dan konsep tersebut mempunyai auranya tersendiri.

Perkahwinan Dan Persandingan Pasangan Viral Ini Bakal Bergelar Wedding Of The YearPerkahwinan Dan Persandingan Pasangan Viral Ini Bakal Bergelar Wedding Of The YearPerkahwinan Dan Persandingan Pasangan Viral Ini Bakal Bergelar Wedding Of The Year
Lihat sahaja gambar-gambar tersebut. Sama cantik dan sama padan bukan? Kita sudah ketahui Hafiz sememangnya suka membuat kejutan. Jadi konsep perkahwinannya juga kami jangkakan bakal diadakan dalam sesuatu yang bakal diingati untuk spektrum 2017. Sama -sama kita nantikan gambar-gambar mereka nanti. Sekalung tahniah buat Hafiz dan Aina!

Gambar : Instagram Hafiz Mahamad

Sumber : Hangat.com

Loading...